Sunday, May 23, 2010

Tangis insaf, zikir hidupkan jiwa mati

Air mata takut hari pembalasan untuk tambah ilmu lebih mahal daripada isi dunia
DUA belah mata boleh menangis, tetapi hati tetap reda atas ketentuan-Nya. Demikianlah keadaan orang Mukmin yang bersedih. Tawa dan tangis, gembira dan sengsara, nikmat dan ujian semuanya adalah lumrah kehidupan.

Seseorang itu tidak mungkin hanya melalui satu episod dalam kehidupannya, sedih dan menangis untuk selama-lamanya. Semua akan datang dan pergi silih berganti, tiada yang kekal di dunia ini.

Orang beriman berada di atas batas pertengahan, tidak berlebih-lebihan mengungkapkan perasaan yang bergejolak di hati. Inilah yang disebut sebagai jiwa hamba yang zuhud. Apabila mendapat nikmat, tidak terlalu gembira dan jika diserang musibah tidak pula terlalu bersedih. Semua dikembalikan kepada ketentuan Allah semata-mata.
Menangis adalah suatu ungkapan perasaan normal pada diri manusia. Biasanya manusia menangis atas sebab tertentu. Mungkin berduka kerana sudah kembali kepada Allah seseorang yang mereka kasihi. Kerana rindu yang menyeksa kepada orang disayangi.

Begitu juga orang akan menangis apabila menahan sakit, tidak kira sakit kerana dilukai perasaannya ataupun sakit pada zahir tubuh badannya. Orang akan menangis apabila kehilangan harta, diseksa dan dizalimi, diusir atau dihina peribadinya dan dimalukan di khalayak ramai.

Menurut al-Imam Ibnul Qayyim al-Jauziyyah, tangisan boleh diperincikan menjadi 10 jenis mengikut pelbagai maksud dan tujuan. Tangisan kasih sayang, ketakutan, gembira, kegundahan, cinta dan rindu, kesedihan, tidak berdaya, kemunafikan, orang upahan dan tangisan ikut-ikutan.

Satu tangisan yang istimewa dianugerahkan Allah SWT kepada hamba-Nya. Tangisan ini tidak bersifat melemahkan semangat, bahkan ia boleh menghidupkan jiwa yang sudah lama mati. Ia tidak mendatangkan rasa putus asa dan kesakitan, bahkan air mata ibarat gelombang membangkitkan rasa optimis, kecekalan dan azam bergelora.
Tangisan itu membawa satu janji untuk hidup lebih bererti dan ia mampu mencelikkan pandangan mata hati meneroka alam lebih jauh lagi. Alam ghaib tidak nampak di mata kasar, hanya hati yang beriman boleh merasai kebenarannya. Tangisan itu dianugerahkan kepada Nabi dan Rasul, syuhada dan orang salih. Mereka berhak mendapat perlindungan Allah pada hari yang tiada perlindungan, selain perlindungan-Nya.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Dan seseorang yang berzikir mengingati Allah dalam keadaan sendirian, lalu berlinanganlah air matanya kerana takutkan Allah." (Hadis riwayat al-Bukhari)
Tangisan itu mendatangkan kelembutan hati dan membangkitkan rasa takut kepada Allah. Saidatina Aisyah Ummul Mukminin menangis ketika membaca ayat al-Quran dalam sembahyangnya, yang bermaksud:
"Maka Allah memberi kurnia kepada kami dan memelihara kami dari azab neraka." (Surah al-Tur, ayat 27)
Dan menangis pula ketika membaca ayat Allah yang bermaksud:
"Jika Engkau menyeksa mereka sesungguhnya mereka adalah hamba-Mu. Dan jika Engkau mengampuni mereka, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (Surah Al-Maidah, ayat 118)
Saidina Umar al-Khatab berkata: "Seandainya ada seruan dari langit yang mengatakan: Wahai manusia, sesungguhnya kalian semua masuk syurga, kecuali seorang. Tentulah aku amat takut kalaulah orang itu adalah diriku.." Maka beliau pun teresak-esak demi membayangkan kengerian peristiwa itu.

Saidina Ali bin Abi Talib berkata: "Sesungguhnya aku menyaksikan sahabat Rasulullah SAW, tetapi kini aku tidak menemukan lagi orang seperti mereka. Sesungguhnya mereka berpagi-pagi dalam keadaan yang kusut, mata yang bengkak kerana menangis ketika qiyam pada malam hari. Mereka membaca al-Quran sambil berdiri, duduk dan berbaring pada lambung mereka. Mereka berzikir dengan tubuh yang bergoncang bagaikan pohon ditiup angin kuat sedangkan mata mereka basah oleh air mata sehingga membasahi pakaian mereka. Demi Allah, seolah-olah keadaan umat sekarang seperti umat yang semalaman dalam keadaan lalai."

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Aku belum pernah melihat sesuatu yang boleh menyebabkan orang yang tidur terbangun lantas lari daripada satu ancaman seperti ancaman neraka." (Hadis riwayat al-Tirmizi)
Malam yang panjang itu sebenarnya ada bahagian untuk melembutkan hati, ada ruang mengadu kepada Allah, ada peluang mengetuk pintu maghfirah-Nya, ada kesempatan meminta perlindungan daripada azab neraka. Tetapi manusia yang lalai sudah melepaskan peluang keemasan itu untuk sekadar menikmati mimpi yang sebenarnya tidak dapat memuaskan hati.
Untuk mencapai darjat iman yang tinggi seperti sahabat Rasulullah SAW, tentu banyak rintangan yang harus dihadapi. Malas dan leka dengan permainan serta hiburan membuat hati manusia keras, ditambah lagi kurangnya ilmu, penghayatan mengenai jalan mendekatkan diri kepada Allah.
Kesibukan memuaskan nafsu syahwat terlalu mengganggu kekhusyukan hati. Akhirnya kelalaian itu menjadi kebiasaan, bagi yang sudah terbiasa akhirnya bukan menjadi suatu keaiban lagi selepasnya. Semakin lama dirinya semakin tenggelam kealpaan. Bahawa kita perlukan pertolongan Allah kerana hanya Allah yang berkuasa menyelamatkan manusia daripada kejahatan dirinya sendiri.
Allah berfirman menerusi lisan Nabi Yusuf yang bermaksud:
"Sesungguhnya nafsu itu sentiasa menyuruh kepada kejahatan kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku." (Surah Yusuf, ayat 53)
Apabila nafsu sentiasa menyuruh berbuat maksiat, lalai dan menunda amal maka keraslah hati dan keringlah mata daripada air mata taubat. Jika berdiri untuk sembahyang, akalnya menjelajah hingga ke seluruh ruang pemikiran yang terpendam dalam memorinya. Barang yang hilang pun boleh diingat di manakah tempat menyimpannya.
Maka terbukti sembahyangnya kosong, hatinya hampa, fikirannya tidak menumpu kepada kebesaran dan keagungan Allah. Bagaimanakah matanya boleh menangis, hatinya boleh takut dan akalnya boleh tunduk di hadapan Maha Pencipta?
Begitu juga ketika membaca ayat al-Quran, ia hanya semata-mata untuk pahala, kerana ilmunya belum sampai kepada penghayatan yang mendalam terhadap isi kandungan al-Quran. Padahal Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya al-Quran itu diturunkan dalam kesedihan. Maka menangislah apabila kamu membacanya. Jika kamu tidak dapat menangis maka buat-buatlah menangis. Dan elokkan suara saat membacanya kerana siapa yang tidak melagukannya dia bukanlah termasuk golongan kami." (Hadis riwayat Ibnu Majah, Abu Ya'la dan al-Baihaqi daripada Saad bin Abi Waqqash)
Rasulullah SAW pernah meminta Abdullah bin Mas'ud untuk membacakan al-Quran kepada Baginda. Beliau membaca awal surah al-Nisa hingga ke ayat 41 dan beliau melihat Rasulullah SAW menitiskan air mata.
Abdullah bin al-Syakir berkata:
"Aku pernah menemui Rasulullah SAW ketika Baginda bersembahyang, sementara dari dalam tubuhnya terdengar suara seperti air yang mendidih kerana tangisan." (Hadis riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)
Bagaimana jika air mata tidak juga mahu keluar, puas sudah hati memaksa sedih supaya kekhusyukan boleh singgah, walaupun sekejap. Kesilapan apakah yang dilakukan hamba Allah yang tidak dapat menangis ini?

Pertama, kerana ceteknya ilmu sehingga hati dan akalnya tidak dapat meneroka lebih jauh memikirkan keagungan Allah.

Kedua, kerana dirinya tidak merasai kesusahan ujian dan musibah, segalanya berjalan dengan aman dan lancar dalam kehidupannya sehari-hari.

Ketiga, berlebih-lebihan dalam bergembira, bergurau dan bermain-main. Keempat, kurang muhasabah dan bertafakur melihat kelemahan dan kekurangan diri. Dan yang kelima, berlebihan pula membanggakan amal sehingga mematikan rasa takut kepada Allah.
Menangis tidak semestinya menunjukkan seseorang itu lemah bahkan menangis kerana takut kepada Allah boleh melonjakkan semangat seorang hamba untuk mengorbankan segala-galanya yang dimiliki demi Tuhannya.

Bukankah syuhada menumpahkan darahnya kerana meninggikan kalimah Allah, biarlah kita mulakan ia dengan menitiskan air mata kerana Allah, itu saja yang termampu kerana harga setitis air mata itu lebih mahal dari dunia dan segala isinya. Memang sungguh berbaloi!

Tuesday, May 18, 2010

Renung-renungkan...

22 Tanda Kiamat Semakin Hampir

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan ).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui internet, iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Dunia Di Penghujung Nyawa

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:

'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.'Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis. '
- Sahih Bukhari

~ dah jadi dah...

2) Zina bermaharajalela.

'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.'- Sahih Muslim

~ dah nampak dah...

3) Bermaharajalela alat muzik.

'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'. Ada yang bertanya kepada Rasulullah;

'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?'Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita'- Ibnu Majah

~ Mentor, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik...

4) Menghias masjid & membanggakannya.

'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid'- Riwayat Nasai..

~ memang dah nampak dah...

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak
baik.

'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga.'- Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu......

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari
kemungkaran' - Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para ulama'yg tinggal...

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang ***** & hina).
Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia'- Riwayat Thabrani

~ George Bush, Ariel Sharon & kat Malaysiapun ada....

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.'- Riwayat Ahmad

~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'.

~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc..)...

10) Bulan sabit kelihatan besar.

'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.'- Riwayat Thabrani

~ tak caya gi tengok....

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.

'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim

~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah² yg popular
skarang nie......

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.

'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.'-Riwayat Ahmad

~ tengok kes peperangan Iraq ...

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²'- Sahih Muslim

~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir...

TOLONG SAMPAIKAN KEPADA TEMAN² LAIN!

Dari Abdullah bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w....bersabda:

'Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat...'

PENGERTIAN MAKSUD IMAN

- DARI SEGI BAHASA :
Yakin Dan Percaya

- DARI SEGI ISTILAH :
Membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan BERAMAL DENGAN ANGGOTA

JALAN-JALAN CARI MAKAN

Saya, ina n wani baru balik makan kat Ampangan, Negeri Sembilan...Tempat makan kat area Seremban ni saya tak tau sangat..kat Ampangan tu sebab biase lalu bila nak balik Pedas kalo ayah lalu ikut Seremban..pas makan kami singgah kat Giant beli barang2 nak makan sikit..

Esok dalam tengah hari, kami akan gerak ke Melaka pulak..huhu..sambung wat keje vouching kat sane..hotel kat Melaka pun tak book lagi..huhu..but now we already has peta..hehe...the peta realy help us at Negeri Sembilan don't now whether it will work at Melaka and Johor...Maybe Melaka is easy as client office near the town..it might problem at Johor as I said befor we have to travel to Kluang, Batu Pahat, Segamat and Muar..I'm not familiar with it's road..hopelly were not lost..hehhe.sesat2 sikit tu memang akan adela nanti...

Monday, May 17, 2010

ALLAH MAHA ADIL

Allah Maha Adil

Wanita



* Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
* Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
* Saksinya kurang berbanding lelaki.
* Menerima pusaka kurang dari lelaki.
* Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
* Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tidak perlu taat kepada isterinya.
* Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
* Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki.



Lelaki



* Lelaki bujang menanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin menanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN???



* Hukum menjelaskan anak lelaki bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya, maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua.Berlainan kepada perempuan , perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Sekiranya seorang isteri berbuat baik kepada suaminya maka pahala akan dapat kepadanya dan jikalau berbuat yang tidak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

* Suami diwajibkan memberi nafkah kepada isteri namun tidak bagi seorang isteri walaupun isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanyakan mengenai pendapatan isteri lebih-lebih lagi jika menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.



* Dan jika dilihat banyak lagi amanah dan tanggungjawab yang Allah kurniakan kepada insan yang bernama lelaki, lebih-lebih lagi kepada mereka yang bergelar si suami. Mengikut kajian yang dilakukan juga,nyawa seorang wanita lebih panjang daripada seorang lelaki, mungkinkah kerana bebanan dan amanah yang dipikul ini begitu berat untuk dilaksanakan? atau mungkin kerana memekikirkan beratnya dosa-dosa yang terpaksa ditanggung.



TETAPI seorang lelaki ada keistimewaan- keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT.



Pernahkah kita lihat sebaliknya?? ?


Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampuni ALLAH swt (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita :

1. ibunya
2. isterinya
3. anak perempuannya
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :

1. suaminya
2.ayahnya
3. anak lelakinya
4. saudara lelakinya

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja iaitu dengan :

1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat kepada suaminya
4. menjaga kehormatannya





Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi seorang wanita yang taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang yang berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH,sayangny a ALLAH pada wanita.


Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki tetapi ingatlah wahai lelaki, kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin.

Maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya, supaya kelak dapat pulang menghadap Allah swt dalam keadaan istimewa disisiNYA.

Sunday, May 16, 2010

apo kono eh jang...

Tadi saya sampai seremban dalam pukul 4.30 ...kami check in kat hotel seri malaysia..okla hotel ni sebab ade breakfast n wireless ..tak ramai orang pun check in kat sini sebab ade berape bijik kete je kat tempat parking..kitorang duk kat bilik bawah..saya rase seram plak sebab duk kat bilik bawah... nie mesti sebab dah biase duk umah flat tingkat atas hehehe...sejuknye bilik ni..nak krem pun ade gak..malasnye saya nak pi mandi..hehehehe...saya punya turn mandi paling last sekali sebab saya tengah layan internet.....Esok nak pi Kuala Pilah n kalo dari hotel ni dalam 40 minit drive..macam yang orang kat reception tu cakap...jalan kat Pilah tu macam bahaya sikit ...huhu....so lepas breakfast esok terus kuar p tempat klien...

Saturday, May 15, 2010

TENSION.....

Hari ini saya kene pi outstation...tapi pagi ni pulak badan saya sakit2...huhu...macam manala saya nak drive....saya dah la asyik mood sedih je skang ni....hotel tak book lagi plak tu...jangan hotel penuh sudah..menjawab la nanti kene tido kat masjid...huhu...

Petang ni saya akan cari hotel kat area Seremban sebab saya akan buat keje kat area Kuala Pilah n Negeri Sembilan dalam 2-3 hari kot...pastu gerak p melaka n stay situ sampai siap....week kedua pulak p kluang sebab ade meting AGM n isnin sampai khamis wat keje kat Batu pahat, Muar n Segamat...wah memang kali ni punya outstation tak ingat punya berjalan..

Harap semua doakan perjalanan kami nanti ye..n petang nanti kalo dah sampai hotel saya akan sambung balik n cerita perjalanan saya nanti...


ALAMAK SAYA TAK BELI PETA NEGERI SEMBILAN, MELAKA N JOHOR LAGI...HUHUUH SEDIHNYA..SEMENJAK 2 MENJAK NI SAYA PUNYA INGATAN MAKIN TERUK...HUHU NI MESTI SEBAB MINUM NESCAFE BANYAK.......

Entahla....

Kadang-kadang saya rasa macam keliru dengan hidup saya...saya sangka A yang akan terjadi rupa-rupanya B yang jadi..saya lupe yang saya tak boleh terlalu mengharap yang A memang akan terjadi....saya sedih sangat kerana saya baru tersedar.....saya bersyukur kerana ALLAH telah memberi petunjuk kepada saya...mulai sekarang saya tidak akan mengharap....tak perlu berharap untuk hidup....teruskan saje hidup dengan ape yang ada....tak perlu berharap kerana saya harus sedar siapa saya untuk mengharap kepada orang lain.....

Semoga saya diberi ketabahan dan ketenangan dalam menjalani kehidupan ini...

UMI N SAIFUL

S.A.Y.A R.I.N.D.U A.B.G S.A.I.F.U.L H.E.H.E

Friday, May 14, 2010

Kasih yang tak kesampaian....

Siti sangat gembira kerana dia akan disatukan dengan lelaki yang selama ini menjadi kekasihnye..walaupun dari awal terdapat tentangan daripada pihak keluarganye..siti tetap dengan pendiriannya untuk sehidup semati dengan kekasihnye ......ramai sanak sedara yang menentang perkahwinan ini..daripada ape yang siti dengar kalo siti berkahwin dengan kekasihnye itu hidup siti akan susah...

Namun semuanye terletak pada kuasa ALLAH...apabila sampai tarikhnye...siti telah pun menjadi isteri kepada kekasihnye itu.....setelah sanak sedara mule mengenali kekasih siti baru mereka menyesal dengan cakap2 mereka dulu..kerana sebenarnya kekasih siti seorang yang peramah dan ringan tulang..walaupun kekasih siti ni sangat garang dengan siti...kadang2 macam bapak tiri pun ade gak...mungkin kekasih siti ingin melindungi siti ....

Suatu hari...siti dan suaminye berjalan2 ke pusat membeli belah ...tibe2 suaminye rebah...siti sangkakan suaminye ingin bergurau...namun sangkaan itu meleset kerena si suami tetap membisu walaupun telah dipanggil berkali2 namenya....siti hilang arah dan tidak tahu ape yang ingin dilakukan....

Siti menelopon keluarganya ...kemudian menuju ke hospital yang berhampiran...semasa dalam perjalanan ke hospital siti tidak berputus asa mengejut suaminya...dengan harapan supaya suaminya akan tersedar.....suaminye tetap membisu dan dari raut wajah suaminye seolah2 sedang tido...

Sampai di hospital MA terus membawa suami siti ke wad ICU...siti tidak dibenarkan masuk ke ICU...."Puan sila tunggu diluar"..begitula kate seorang nurse kepada siti....Siti terduduk di kerusi berhampiran dengan wad ICU...Siti termenung dan seolah2 tidak percaya dengan ape yang terjadi....dalam hati siti berharap mungkin selepas doktor merawat suaminya..suaminya akan pulih dan mereka dapat pulang ke rumah dan menjalani kehidupan seperti biase.....30 minit berlalu...tiada ape2 berita daripada doktor...1 jam berlalu.....siape waris kepada en khairol...

Siti bangun dan terus meluru kepada doktor..si doktor nampak seperti sedang bingung...sangat lambat ayat2 yang dikeluarkan daripada mulut si doktor....
siti tetap berharap yang suaminya sudah sedar kan diri.....doktor menyatakan yang mereka sedang berusaha lagi 30 minit untuk memberikan bantuan penafasan kepada suami siti dan selepas 30 minit mereka akan berhenti memberi bantuan....lemah longlai badan siti..rase seperti ingin pengsan saje.....siti tetap berharap yang suaminya akan sedar...

Selepas penantian 30 minit yang sangat menyeksekan itu...sekali lagi doktor memanggil siti....."SUAMI PUAN TELAH TIADA SEMASA DALAM PERJALANAN KE HOSPITAL DAN PIHAK KAMI TELAH MENCUBE SEDAYA UPAYA UNTUK MEMBANTU DIA......SAYA HARAP PUAN BERSABAR"....dunia seperti berhenti dan siti terdiam dan tidak mampu untuk berkate ape2 dan yang hanya kedengaran di telinga siti adalah degupan jantungnya yang sangat pantas..berat sungguh hati siti menerima berita ini...badan sangat lemah..dan tiada lagi air mate yang mampu untuk dikeluarkan.....hati siti hancur dan segala impian untuk hidup bersama musnah dan berkecai kerana si suami telahpun pergi dahulu menghadap PENCIPTA ALAM.....

banyak mate yang memandang ke arah siti...siti terdiam dan membisu..hanya memandang lesu ke arah si suami yang terbaring di atas katil.....siti sudah hilah punca...siti terdengar suare menyatakan kepada nye..."DIK NANGIS DIK KO JANGAN MACAM NI KO KENE MENANGIS KALO TAK NANTI KO YANG SAKIT PULAK".......siti terduduk dan ramai yang memeluknya dengan pesanan "KO KENE BANYAK2 BERSABAR"..senang sungguh mereka berkate2..adakah mereke memahami perasaan siti..perasaan kehilangan orang yang penting dalam hidup.....sebenarnya siti tidak suke dikerumuni orang ramai pada saat2 seperti ini..siti ingin bersendirian dan meraung sekuat hati walaupun air mate dah habis dikeluarkan.....melepaskan kesedihan yang terbuku di hati....siti seperti terbayang2 yang suaminya tersenyum ke arah nya....

siti berjalan lemah ke arah katil tempat suaminya terbaring.....memandang lemah ke arah suaminya...si suami sekali lagi seperti sedang tido namun yang bezanya doktor sudah menyatakan yang si suami sudah tiada..YA ALLAH berat sungguh dugaan yang terpaksa ditanggung oleh siti....


Siti menangis menangis dan menangis....tidak makan ..tidak minum ..tidak boleh tido...dan tak larat nak lakukan ape2 pun....hari2 siti melawat pusara suaminye....

suatu hari siti seolah2 telah mendapat petunjuk...semenjak hari itu dia selalu berpuasa dan mengerjakan solat sunat....bertahajjud kepada ALLAH...siti sedar yang hidup ini sangat singkat dan bile2 mase sahaja nyawa ini akan ditarik balik....hati siti mulai tenang kerana dia telah terasa dekat dengan PENCIPTA ALAM INI...mungkin inilah hikmah disebalik kehilangan suaminya ......namun kadang2 siti tetap mengalirkan air mate kerana siti insan biase yang memupunyai hati dan perasaan...

Kini siti sedang meneruskan hidupnye dan berharap akan sentiasa memperoleh kekuatan dan petunjuk daripada ALLAH supaya dia tidak terpesong dari jalan ALLAH..

P/S : Siti ni bukannye siti nurhaliza dan bukan juge siti saleha.....dia hanyalah seorang manusia biase dan tidak terlepas daripada ujian ALLAH....semoga siti memperoleh kekuatan untuk menjalani kehidupan yang penuh dengan ujian ini.....

JALAN-JALAN WAT AUDIT

Ahad ni saya n 2 budak opis yang lain akan start travel selama 2 minggu ke selatan tanah air...minggu pertama: Negeri sembilan (kampung den) and Melaka : Minggu kedua : continue to Johor (kmpung mamat yg pakai name ibrahim libya)....

Pergh lame tu travel...hopelly saya dapat jumper orang baru...persekitaraan baru..huhu...dalam bulan ni seminggu je stay kat umah...minggu lain duk kat negeri orang...huhu...biasenye kalo outstation malam2 asyik makan megi...tak taula kenape pscyo betul...huhu..tapi this time travel saya bawak kete kesayangan saya sebab nye kami kene pergi banyak tempat n akan stay kat beberapa bijik hotel kat negeri sembilan, melaka n johor....jujur saya cakap kerja saya ni tak sesuai untuk orang yang dah berumahtangga especially perempuan..lelaki rasanya ok kot...sepupu saya kate maybe dia pun p kat johor mase weeks yang saya kat johor tu..hhuhuhu...so takdela boring sangat nanti...

Ok saya nak sambung wat keje saya..saya kene setelkan keje2 ni sebelum p outstation ahad ni....

Thursday, May 13, 2010

Perasaan Umi

saya rindu kat dia....
dia rindu ke tak kat saya?...saya tak boleh jawab...mungkin ye mungkin tak...saya rindu kenangan kami..semua berlalu sungguh cepat...kadang2 rasa tak tertanggung rasa rindu ni...tapi saya tak bole nak wat ape2...saya kena sabar n tunggu.....

I wish he was here....maybe life will be different....but semua dah ditakdirkan olehNYA...saya tak bole buat apa2 kecuali terima semua takdir saya...apa yang saya boleh buat tengok gambar n ......

saya tak tau samada kamu semua dapat rase tak ape yang saya rase....tapi bukan senang nak lalui kehidupan ni...macam2 perkara yang tidak diduga akan berlaku...bukan semua yang kita harapkan akan berlaku....

INSIDEN DI SS2

Semasa gadis ini hendak memasuki keretanya dia didatangi oleh beberapa org lelaki
lalu menekan belakangnya dengan satu alat yg berupa spt "torchlight".
Selepas belakangnya ditekan dgn benda itu, gadis itu pun terus
menjadi lemah selemah2nya dan pucat lesi spt mayat. Dalam keadaan yg lemah
sebegitu, lelaki2 jahanam itu terus menghiris peha gadis itu dgn
parang & memecut lari dgn kereta gadis tsb.

Semasa kejadian ramai orang di sekeliling. Apabila gadis tsb rebah tidak
bermaya, org ramai terus membawanya ke kelinik berdekatan (klinik Doktor yg
menceritakan perkara ini). Walaupun luka itu besar & telah dpt dijahit
oleh doktor tsb tetapi gadis itu masih lagi kelihatan spt mayat (tiada
denyutan nadi dan
tiada tekanan darah dpt direkod). Doktor tsb pun merasa hairan & tertanya2
takkanlah disebabkan luka di peha boleh membuatkan gadis tsb menjadi spt
org mati? Doktor tsb mengkaji apa sebabnya disamping bertanya dgn org-org
di sekeliling yg melihat kejadian tsb berlaku. Doktor tsb mengagak alat yg
digunakan penjahat tsb yg dikatakan menyerupai "torchlight" itu adalah
sebenarnya sejenis senjata yg ber "voltage" tinggi yg boleh membunuh dgn
cara
spt org terkena kejutan elektrik buatan negara China. Dgn alat/senjata
sebegini penjahat boleh berbuat apa sahaja spt menculik, merogol, merompak
hatta
membunuh sekalipun. Doktor tsb memberitahu, kalau gadis tsb lambat dibawa
ke klinik, kemungkinan beliau akan mati sbb tiada denyut nadi dan tiada
tekanan
darah langsung (spt org terkena kejutan elektrik!!).

Jadi berhati-hatilah dgn keadaan sekeliling anda. Kalu ternampak sesiapa
yg mencurigakan, ditambah ada ditangannya alat/senjata spt yg disebutkan,
tolonglah
selamatkan diri anda, menjerit, atau buatlah apa yg patut asalkan diri anda
terselamat.

Terima kasih atas perhatian anda, kerana ia mungkin dpt menyelamatkan diri
anda & org-org yg tersayang.

Tuesday, May 11, 2010

Haloooo....

Saya asyik busy je skang ni....

Tak sempat nak update blog...tapi kalo saya ade cerite2 yang bez..insyALLAH saya akan cari mase untuk letak kat blog saya yang tak seberapa...bulan ni saya duk umah seminggu je minggu2 yang lain saya kene p merantau kat tempat orang nak cari rezeki...huhu macam sedih je bunyi nye...tapi macam bez je sebab dapat jalan2 kat tempat orang..

Ahad lepas sepupu saya kawen...saya tumpang gembira n hopelly saya pun dapat jugak ade family sendiri satu hari nanti...but kalo tak dapat pun saya tetap bersyukur dengan ape yang saya ade...huhu...macam bunyi sedih lagi...

Ok bye2...

Monday, May 10, 2010

erm....

banyak sungguh kerja2 yang perlu disetelkan....

huhu......

Saturday, May 8, 2010

FLIGHT BACK TO KL

9.00 pm check in n pompuan kaunter air asia ckp next time jangan lambat ea...then dengan saya mintak abg sepol belikan air mineral sebab haus..pas tu pg kat balai pelesan salam2 ngan mak n adik wani..ngan abg sepol pandang2 je....sapa pun p n tunggu kat gate 2...sedih je rase mase tu...saya pun tgu la ka kerusi dekat dengan ngan gate 2 ...ade announcement " kepada semua penumpang penerbangan AK 5277 ke Kuala Lumpur..kami ingin memaklumkan jadual penerbangan akan ditangguhkan kerana...."

Argh..tension betul dahla tengah sedih flight pulak nak delay2......then saya pun duduk jela temenung sambil dengan mp3 kat handphone...datang sorang mamat nieh n duduk kat sebelah saya...tgk dr gayanya..dia ni bukan asal dari Malaysia n satu lagi sebab dia ade pegang pasport...pas tu dia tanye saya...flight ke kl ke? ...saya pun jawab aa....tak lame pastu dia mintak saya tlg tengokkan beg die...tak tau la dia nk p mane.....tak lame pastu dia dtg balik n say tq jagekan beg......

Saya still menunggu flight tu...sakit je hati...n tibe2 rase nak p toilet pulak...saya pun tengok kiri kanan sebab nak cari toilet..saya pun fikir2 nak p toilet ke tak nak..ke aku nak buang je kat dalam flight tu...hish lambat betul flight ni...saya pun amik keputusan p jela toilet...jauh gak toilet tu dari gate 2....

Pas dah setle urusan sya kat toilet saya pun cepat2 g kat gate 2..mak ai semua org dah beratur n panjang pulak barisan die....saya pun p la kat hujung barisan tu ...kebetulan pulak mamat yang tumpang beg tu depan saya.....saya pun senyum jela...pastu dia tanye "Kamu ke mane tadi?"....saya pun reply "saya ke toilet..jauh betul toiletnye"....pastu dia pun cam beborak2 ngan saya mcm kat bawah ni:

mamat tu: "nama kamu siape"

saya: : "nama saya umi, name kamu?"

mamatu tu: "eh kamu umi, saya umar"

hahahahha kelakar betul nak same plak name kitorang....teringat plak saya kat umathevi...

umar : "kamu ade urusan ape di johor umi?"

umi : "saya datang jumpe abang saye..n kamu?"

umar: "saya student UTM...."

umi: 'owh..kamu amik jurusan ape?"

umar: "jurusan?? kamu di sini panggil jurusan jugak ke?"

saya pum mula nak wat laawak bodo

umi: " yela or kamu panggil major ?"

umar:" hahhaa..itu dalam english.."

umi: " ish dia ni habis tu org malaysia nak panggil ape plak...tak kan nak panggil biskut kot"

umar: "saya ingat org di sini tak panggil jurusan..sebab di tempat saya memang panggil jurusan...saya amik kimia"

umi: "master ke?"

umar: "phd"

umi: "hebat betul dia ni" dalam hati je yang ni

conversation yang lain tu skip jela sbb lame sgt beratur tu yg mcm panjang beborak ...

umar: " kamu seat berape ye umi?"

umi: "16F..kamu?"

umar:"saya 18D...saya tak suke duduk tepi tingkap..kamu suke?"

umi: "suke"

umar: " kalo saya punye tepi tingkap n kamu nye belah luar kite tukar seat ea?"

umi: "boleh ke?"

umar: "boleh je ..saya selalu mintak tukar sebab saya rase tesepit duduk kat tepi tingkap"

umi: "apela dia ni duk tepi tingkap la best dapat tgk luar walaupun kalo flight malam kalo pandang luar nampak balik muke kite"..yg ni pun dalam hati je...

pastu barisan pun dh start bejalan n masuk kat dalam flight....

umi: "tempat kamu kat belah tepi n saya punye tepi tingkap"

umar: 'umi, kalo cam tu kite kire setel la.."

umi: "hish dia ni bile plak la aku ckp nak tukar tempat ngan die"

saya pun p kat seat saya tanpa pedulikan si umar tu.....pastu

umar: "umi mari sini beg kamu saya letak di atas"

umi: "eh..takpe2 kang saya letak sendiri"

umar: "eh..takpe2"

dia pun amik beg saya letak kat atas......

saya pu temenung n flight pun jalan...

saya pun tetido sebab mengantuk sangat...sedar 2 je ade announcement

"ready for landing"

saya pun readyla nak landing sbb nnt flight tu akan terhentak jap lg n break cam tak cukup tanah....

alhamdulilah sampai pun saya kat LCCT...

sume org bangun n tak sabar2 nak kuar dari perut flight...

saya pun tgk je org yg ramai tu..sambil pikir bila la ku bole amik beg aku ni...

umar pandang saya n wat isyarat yg dia tlg amikkan beg saya...

baik betul die ni...

pastu umar kate umi kamu keluar dulu n dia blok org belakang...huhu

saya pun turunla tangga flight n tgk flight...

fuyo airbus rupenye....

tibe2 si umar tu ade kat tepi saya n dia jalan ngan saya...

eh mamat ni ade lagi dia ni....

huhu.....sebenarnye saya boring sgt2 mase tggu flight..n umar tu just iklan sementara nak sampai kl....n lupe plak nk bgtau yg umar tu org indonesia kat padang n flight dia pagi ni pukul 8 naik air asia jugak...dah sampai kot die dekat padang tu..tak tau la padang bola ke hahahahaha......

Thursday, May 6, 2010

LAWAK

Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu...

Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.

"Kamu dari mana?" tanya Samad.
"Ada pelajaran tambahan ayah", jawab anaknya.
*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.

"Nak, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
"Maaf ayah... saya baru habis memonton movie di rumah kawan...".
"Cerita apa?
"Cerita Papadom ayah".
*PLANG*
"Katakan dengan jujur cerita apa?!"
"Maaf ayah... saya tengok cerita lucah".

Mendengarkan itu marahlah Samad.
"Kamu nie... kecil-kecil dah nakal... kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.

*PLANG* Samad ditampar oleh robotnya.
Suasana hening untuk beberapa ketika...

Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata... "Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak..."

*PLANG*
Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya...
dan semua terdiam...
Dugaan mematangkan manusia...

Manusia belajar dari kesalahan...

Tapi saya ni selalu buat salah yang same...sampai mira pun boleh tegur saya....saya pun pelik kenape saya tak belajar dari kesalahan saya..napela saya ni degil sangat..nape saya ikut sangat perasaan saya....nape saya tak biarkan je...napa saya boleh fikir hidup saya akan berubah...nape saya tak fikir benda lain...nape saya asyik ingat benda yang belum tentu.....argh....banyak betul nape...saya pun dah naik pening....tapi mesti tak bes hidup kalo takde sume dugaan ni kan...saya harap saya kuat..walaupun saya selalu buat salah yang sama..saya yakin satu hari nanti saya pasti akan bahagia..mungkin bukan di dunia...tapi akhirat masih ade kan.....saya kena ubah fikiran saya..saya kene selalu pikir positif ni tak saya ni selalu duk pikir yang negatif je sampai naik tension.....mungkin sy tak bahagie di jalan yang itu ..mungkin jalan hidup saya lain...takpela saya berserah segala kepada ALLAH...ALLAH sayangkan saya sebab tu saya diuji dengan pelbagai cabaran..sudah tentu sume cabaran ini saya mampu untuk hadapinya kerana ALLAH hanya akan menguji hambaNYA yang mampu menangung cabaran dan dugaan tersebut...pelbagai dugaan dan cabaran ini membuatkan saya lebih dekatNYA ..cinta kepada manusia bukan kekal jadi tak perlulah saya berharap kepada manusia...cinta kepada ALLAH yang kekal...manusia akan berubah namun tidak ALLAH ...ALLAH sentiasa bersama kite cume kita kadang2 alpa dan kembali mengingtinya ketika ditimpa kesedihan dan kesusahan...huhu...saya harap saya kuat untuk hadapi sume cabaran dan dugaan dalam hidup saya selagi saya masih bernafas...
sAYA baru balik kuar makan kat Terengganu ni...pastu p tepi laut...n yang peliknye takde langsung angin kat tepi laut tu..kawan saya kate saya banyak dosa..huhu..suke2 je die...penatla malam ni..nak sambung wat keje pun tak larat...beg saya tak kemas lagi...esok nak balik dah...huhu....tadi saya makan mihun sup ngan nescafe ais...tak habis pun bihun sup tu sebabnye takde selera nak makan...saya rase lapar tapi bile dh dpt makanan takde selera la plak..tak taw kenape...huhu...skang ni kepala saya dah rase pening2 sikit..huhu...

Nak relax2 japla, pastu nak sambung wat keje...ok jumpe lg taw...
DALAM meletakkan fasa dalam sesuatu perhubungan, sudah pasti ada
sesuatu yang dicari. Pada diri si dia, tentu anda mengharapkan yang
baik daripada yang terbaik.
Begitu juga dalam membina impian dalam
percintaan, pelbagai perkara yang difikirkan mengenai si dia. Adakah
nilai yang diberikan itu ada persamaan dengan apa yang anda dambakan?
Renungi perkara berikut untuk memperoleh kekuatan dalam bercinta:

#
Jangan tertarik kepada seseorang kerana paras rupanya sebab keelokan
wajah dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik pada kekayaannya kerana
kekayaan pasti musnah.
Biarlah tertarik pada seseorang yang dapat
membuat diri tersenyum kerana hanya senyuman yang dapat membuat hari
yang gelap menjadi cerah. Semoga anda menemukan orang seperti itu.
#
Ada saatnya anda sangat merindukan seseorang sehingga ingin hati
menjemputnya dari alam mimpi dan memeluknya dalam alam nyata. Semoga
anda bermimpikan orang seperti itu.
# Semoga anda mendapat
kebahagiaan yang cukup untuk membuat anda bahagia, cubaan yang cukup
untuk membuat anda kuat, kesedihan yang cukup untuk membuat diri
menjadi manusiawi, pengharapan yang cukup untuk membuat anda bahagia
dan wang yang cukup untuk membeli hadiah.
# Ketika satu pintu
kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi kita sering
terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat
pintu lain yang dibukakan itu.
# Sahabat terbaik adalah dia yang
dapat duduk berbuai di beranda bersama anda, tanpa mengucapkan sepatah
kata. Kemudian, anda meninggalkannya dengan perasaan sudah
bercakap-cakap lama dengannya.
# Benarlah kata-kata bahawa anda
tidak tahu apa yang anda miliki sehingga anda kehilangan dirinya. Anda
juga tidak tahu apa yang belum pernah anda miliki sehingga anda
memperolehnya.
# Pandanglah sesuatu dari kaca mata orang lain.
Apabila hal itu menyakitkan hati, mungkin hal itu menyakitkan hari
orang lain pula.
# Kata-kata yang diucapkan sembarangan seolah-olah
menyulitkan lagi perselisihan. Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan
suatu kehidupan.
Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat
meredakan ketegangan. Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan
luka yang sekian lama membekas.
# Awal cinta adalah membiarkan orang
yang anda cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak mengubahnya menjadi
gambaran yang diinginkan. Jika tidak, anda hanya mencintai pantulan
diri sendiri yang ditemukan dalam dirinya.
# Orang yang paling
berbahagia tidak selalu memiliki hal terbaik, mereka hanya berusaha
menjadikan yang terbaik daripada setiap hal yang hadir dalam hidupnya.
#
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dengan beberapa orang yang
salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti
bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
# Kebahagiaan tersedia
bagi mereka yang menangis, mereka yang disakiti hatinya, mereka yang
mencari dan mereka yang mencuba. Justeru, hargai betapa pentingnya
orang yang pernah hadir dalam hidup anda.
# Hal yang menyedihkan
dalam hidup adalah ketika anda bertemu seseorang yang sangat bererti
bagi diri anda dan mendapati pada akhirnya, ia tidak sedemikian dan
anda harus melepaskannya.
# Cinta dimulai dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan titisan air mata.
#
Cinta datang kepada mereka yang masih berharap sekalipun pernah
dikecewakan, kepada mereka yang masih percaya sekalipun pernah
dikhianati, kepada mereka yang masih mencintai sekalipun pernah
disakiti hatinya.
# Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang
tidak mencintai diri anda tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai
seseorang dan tidak pernah memiliki keberanian untuk mengutarakan cinta
padanya.
# Masa depan yang cerah selalu bergantung kepada masa lalu
yang dilupakan. Anda tidak dapat terus hidup dengan baik jika anda
tidak melupakan kegagalan dan sakit hati di masa silam.
# Jangan
mengucapkan selamat tinggal jika anda masih mahu mencuba, jangan
menyerah jika anda masih berasa sanggup, jangan mengatakan anda tidak
mencintainya lagi jika anda masih tidak dapat melupakannya.
# Hanya
diperlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai
seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang tetapi diperlukan waktu
seumur hidup untuk melupakan seseorang.
saya tak reti nak attach mp3 mcm mane..sebab tu sy just letak lirik...sape2 yang tau pllzzzz ajar saya..

lagu rossa ni bezzzz

Tlah terlukis kisah diriku
Terpenjara dalam cintamu
Bibir beku tak dapat berucap
Sulit menolak

Terlambat kurasakan cinta
Kepedihan kan menanti aku
Kesucian cintamu berdua
Telah ternoda

Haruskah merasa salah didiriku
Bila mencintaimu yang telah berdua
Seolah aku perawan cinta yang haus kasih
Ku hanya mencoba bermain api
Namun sulit akhirnya aku padamkan
Hati kecilku mengatakan ini harus diakhiri

Sering kudengar suara-suara
Bisik menyalahkan diriku
Bila aku jadi pasanganmu
Pasti merana

Wednesday, May 5, 2010

Hanya kerana pencungkil gigi…

Ada satu ceramah...disampaikan oleh Ustaz Ahmad Ismail daripada Singapura...

Di riwayatkan begini.....

Semasa Nabi Isa berjalan di satu kawasan perkuburan, ia terdengar suara dari dalam satu kubur suara lelaki yang menjerit-jerit meminta tolong dan dalam kesakitan yang amat sangat... Nabi Isa ingin mengetahui apakah yang telah terjadi kepadanya Sebagaimana yang kita tahu nabi Allah Isa mempunyai mukjizat boleh menghidupkan orang yang sudah mati. Maka nabi Allah Isa pun memohon doa kepada Allah SWT sambil menadahkan tangannya ke langit supaya menghidupkan lelaki tersebut.

Doanya dimakbul oleh Allah SWT, maka terbelah kubur itu dan keluarlah seorang lelaki yang sedang terbakar menjerit-jerit meminta tolong. Melihat akan keadaan lelaki tersebut, maka ditanya oleh nabi Isa kepada lelaki itu apakah kamu tidak sembahyang sehingga kamu diseksa sebegini. lelaki itu menjawab.. bahawa ia tidak meninggalkan sembahyang. ditanya lagi oleh nabi Isa adakah kamu tidak berpuasa.. lelaki itu menjawab... saya berpuasa dan lelaki itu pun berkata sesungguhnya ia taat akan perintah Allah SWT....

Maka ditanya oleh nabi Isa lagi apakah yang kamu lakukan sehingga kamu diseksa sebegitu rupa? Maka berceritalah lelaki itu... Saya bekerja sebagai penjual kayu api dan saya akan mencari kayu api di hutan dan menjualkannya kepada sesiapa yang hendak membelinya.

Maka pada suatu hari datanglah seorang pembeli menemuinya utk membeli kayu api lalu diberinya wang dan disuruhnya hantar ke rumahnya . Maka pergilah saya mencari kayu dihutan dan apabila sudah dapat seberkas kayu di ikatnya elok-elok dan pergi lah saya hendak menghantar ke rumah si pembeli itu..

Dipertengahan jalan, saya merasa lapar dan teruslah saya berhenti untuk makan..... selepas itu saya pun meneruskan perjalanan ke rumah pembeli kayu itu. Sedang saya berjalan, saya terasa ada sisa makanan yang terselit dicelah gigi saya. maka dicuba berbagai cara mengeluarkannya dgn lidah tetapi tak berjaya.... kemudian dicubanya dengan menggunakan kukunya...tetapi tak berjaya juga. Akhirnya saya pun dengan menggunakan kuku saya mencungkil kayu api yang dipikul itu utk dibuat mencungkil gigi.

Maka akhirnya dapatlah mengeluarkannya. Maka saya teruskan perjalanan dan setelah sampai ke rumah si pembeli itu, saya pun menyerahkan kayu api itu dan terus pulang. Oleh kerana saya tidak meminta halal akan kayu yang saya cungkil dengan kuku saya tu, maka saya diseksa selama 70 tahun sebagaimana yang tuan lihat. Saya menyangka Allah tidak melihat akan perkara yang sekecil ini.... astaghfirullah al azim...
elok lah kita ambil ikhtibar akan riwayat ini...

Adakah kita pernah mengambil barang-barang drpd office samada drpd sekecil-kecilnya seperti "paper clip", "eraser" dan sebagainya dan dibawa balik ke rumah untuk digunakan sendiri ataupun diberikan kepada anak-anak kita ???

Dan juga barang-barang orang lain yang kita pinjam tetapi tidak dikembalikan? Sekecil-kecil barang seperti sudu, pen dan sebagainya.. ..?

Ini belum kira mencuri masa pejabat untuk kegiatan peribadi…contoh : seperti makan, tidur, lepak2 & sbgnya. Ingatlah!!! bukankah "KERJA" itu juga satu IBADAH? jangan jadikan alasan mengantuk dimalam hari kerana menyaksikan perlawanan bolasepak untuk anda sewenangnya tidur dlm waktu bekerja & apa pun jua alasan anda, beringatlah ALLAH senantiasa melihat…

“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”

“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”

Bermuhasabah diri :

Diantara kita mungkin ada yang hanya pandai berkata-kata sahaja ibaratnya “buat undang-undang, tetapi diri sendiri yang melanggar peraturannya…itu tidak mengapa sebab diri sendiri itulah yang akan menggubal semula undang-undang tersebut..senang kata alahai…“tin kosong” Kita boleh dengar saja kata dia, tapi tolongla jangan percaya”

“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, tanpa “keikhlasan “ pangkat yang kita dapat akan menyebabkan melarat. Gaji besar, tetapi ketenangan hati menurun.Wang yang banyak, sentiasa tidak kecukupan… Ingat !!! “what you give you get back… Golden rule” itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Wang yg didapat tidak berkat, mungkin akan dapat anak yang sukar dididik dan degil. mungkin dibalas dengan isteri atau suami yang berkira, bermuka-muka dan berpura-pura.

Sesungguhnya takutlah kita akan azab Allah kerana mati itu adalah benar...
Azab neraka itu adalah benar...
Dan syurga itu adalah benar...

Doa hamba yang sakit gusi...

YA ALLAH YA TUHANKU...KAU KURANGKAN LAH SAKIT GUSI AKU INI SUPAYA AKU DAPAT MENJALANKAN KERJA2 KU DENGAN SEMPURNA...AMIN

Tuesday, May 4, 2010

IKAN EMAS IN MEMORY...

Pagi tadi pukul 7.30 macam tu, Mira kol saya...dia cakap ikan emas kitorang tiga2 dah mati..Mira cakap leha kol dia pukul 6 pg bagitau ikan mati sebab oksigen tertutup...sedihje...kalo nak tau ni first time kitorng bele ikan n ikan tu besar..sebelum ni banyak gak ikan yang kitorang bele tapi tak penah2 nye nak membesar...tiga2 ikan emas ni comel sangat...ade sekor tu kalo nak amik makanan macam takot2...ade sekor tu kat mulut dia macam ade lipstik n sekor lagi pulak mcam albino...

Sedih tau saya selalu main2 ngan ikan2 tu....Tengokla gambar deorang kat bawah ni...sedih je saya hari ni...


Di manakan ku cari ganti serupa denganmu....huhuhuhu



Hehe tapi takpe sebab saya still lagi ade burung saya cume sian kat mira la sebab pets dia ikan mas tu je...takpe mira nanti aku bawak ko p beli ikan emas yang lain k...

KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS

'Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismilla hirrahmannirrahi m'

Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam,
Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana
dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam
tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama
cacing kepanasan. Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,
kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad.
Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. Walam yakul lahu kufuwan
ahad.) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah.
Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah
berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat
kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan
membantu kita menjawab persoalan kubur.

Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar
menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan
daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab
salam malaikat itu.

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w:
'Barang siapa membaca Qul huwa'llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya
ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak
Allah di langit dan di bumi.

Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemendekaan Allah
sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah
pemerdekaan dari neraka'. Inilah yang dinamakan membaca Qulhua'llah ahad
satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita
sehari.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia,
maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan
kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian
siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul
Qurthuby).

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara
Kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang
dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan
bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat..

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali
bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya
itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab
dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran.
Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama
dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000
sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan.

Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu
padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat
80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.

Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,
sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah
Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi:

Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di
sayap malaikat Jibrail a..s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s,
Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan
ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali
selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke
jumaat yang berikiutnya.

Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak
mengalami apa-apa kesusahan.
saya rase tak sihatla ... badan saya panas sangat..dah pasang ekon sejuk2 pun still panas lagi...

kembar jackie chan jual ikan

Camno nak buek ni...

tipah tertipu bang....

Saya n kawan duduk kat dalam bilik meting untuk wat kerja-kerja odit.....

Ekon dalam bilik ni mempunyai satu penyakit iaitu suhu nya hanya boleh diletakkan pada yang paling sejuk n paling panas iaitu 16'c and 30'c...huhu..sian kami..bile sejuk tu dah macam duduk kat dalam peti ais...

Pas tu remote ekon ni ade 2...saya selalu tetipu kerana 1 remote lagi takda bateri kot sebab tak nampak pun tulisan kan remote tu...tapi saya selalu teramik remote yang takde bateri tu dan menghalakannye ke arah en.ekon tersebut dengan harapan untuk mencuba nasib nak tinggikan suhu...pas tu dah sah2 la takkan terjadi apa2 sebabnye remote tu takde bateri....saya pun bertanye2 kat kawan saya apahal ngan remote nieh!!

dah lama baru saya tersedar yang saya picit tu salah remote...malunye muke....

macam-macam..

Hai alzz....

Pukul 1 tadi saya ngan kawan saya pi makan kat stesen bus Kuala Terengganu...kenape saya makan kat stesen bas??? sebabnye kedai makan yang ok ade kat situ jer...yang lain ade tapi jauh sikit...tadi saya makan nasi+ayam goreng+telur ikan+limau ais = RM6.20....pas makan saya ajak kawan saya duk jap kat stesen bas sebab panas nak jalan kaki balik kat opis....die pun setuju dengan permintaan saya tu...bile dah duduk tu ..kami pun memerhatikan keadaan sekeliling...kami disajikan dengan pemandangan mat-mat bangla dan indon yang bole juga turut dilihat di Kuala Lumpur...erm satu lagi pemandangan yang paling menarik ialah...saya ternampak seorang pemuda bert-shirt coklat and berseluar jeans lusuh mundar-mundir di hadapan kami...tak tau kenapa mate ni asyik mengekori pergerakan pemuda tersebut...lalu pemuda tersebut duduk di sebuah meja yang di atasnye terhidang dengan roti dan keropok2 kot sebab saya melihat dari jauh n cermin mate saya ni tak dak application zoom...hehehe...sajeje buat lawak bodo..ok..ok...saya sambung balik cerita pemuda bert-shirt coklat tersebut....pemuda tersebut seperti teragak2 n membuka penutup salah satu bekas yang berisi roti di atas meja tersebut...lalu die pun seperti menyorok kan roti tersebut di dalam genggaman nye...pas tu pemuda tersebut p order air dan duduk di salah sebuah meja yang kosong.....tak lame kemudian..tokeh kedai yang mukenya ala-ala shah rukh khan pun anta la secawan teh o panas..dan duduk 1 maje dengan pemuda bert-shirt coklat tersebut..di dalam gengaman pemuda bert-shirt coklat tersebut masih terdapat roti yang diambil tadi...pemude tersebut makan secara sorok2 dengan memalingkan mukenye ke arah yang bertentangan dari tokeh kedai tu...pas habis makan pemuda tersebut minum air teh die n bayar sambil menunjuk ke arah si tokeh kedai cawan air tehnya...berkali2 dia menunding ke arah cawan tersebut...mungkin die bermaksud aku bayar untuk air ni je roti tadi tu tak...hahaha..tokeh kedai dengan rela pun mengambil duit rm1 dan memulankan wang baki kepada si pemuda...

saya dan kawan membuat kesimpulan bahawa si pemuda tersebut adalah drug addict kerana tingkah lakunye yang tersangatlah aneh dari penilaian kami sebagai pembantu juruaudit....dan mungkin juga si tokeh kedai telah pun mengetahui yang 1 daripada rotinya telah disebat oleh si pemuda dan si tokeh pun redha dengan ketentuan hidupnye.....mungkin sudah terbiasa dengan tugas untuk membuat pemerhatian audit dan dengan tidak semene-mene kami pun telah mengaudit si pemuda tersebut...

Hahahahahaha sape suruh saya n kawan saya duk lepak kat stesen bas Kuala Terengganu tuh...si pemuda bert-shirt coklat tak suruh n si tokeh kedai pun tak jugak..

Hahahahah.....esok nak cari tempat makan lain pulak..takut kalo terjumpa si pemuda bert-shirt coklat tersebut..

wAALLAHHUALAM...

Bismillahirhmanirrahim...

Allahumma inni as aluqa tahhdy bihal fitnati anni''

do'a Nabi Muhammad saw.

AMBIK LA IKTIBAR DARI LAWAK BODO NI..

Kuliah Ust Sheik Ismail Hashim..(kalau tak salah).. Pasal
kepentingan Suami Yang Berilmu dalam Membimbing Keluarga.

Ada seorang lelaki..dia mempunyai 2 orang isteri, isteri pertama bernama
Hasanah, isteri kedua bernama Aminah...

Maka, walaupun si lelaki ni kurang pengetahuan mengenai agama..tapi kerna
bersemangat nak praktikan (tanpa mencari lebih ilmu/maybe baca dalam buku
je..)..dia ingin bersembahyang berjamaah ngan isterinya satu hari....

So, malam isteri pertama(Pn Hasanah), dia pun bersolat berjamaah ngan si
isterinya, dengan baik..selepas selesai, maka dia pun berdoa la gak..

Malam berikutnya, dia bersolat jemaah pulak dengan isteri keduanya(Pn
Aminah)...selepas je solat, dia baca la doa...

"Robbana Aa tina fid dun ya HASANAH, wa fil Aa qi ro ti HASANAH, wa qi na
a' za bannar (maafkan saya menulis dalam rumi ye).

Maka, si isteri pun menegur...

"Abang..tak aci la cam nie..."

Si Suami pun terkejut,"Kenapa yanggggg?"

"Iye la bangg, nama Kak HASANAH je yang abang doakan, nama saya takde pun
abang doakan jugak.."....

"Laa..macam tu ka?...takpa..abang masukkan nama ayanggg sekali ye.."

So, si suami yang kurang berpengetahuan agama ni pun membaca doa tu
kembali....

"Robbana Aa tina fid dun ya HASANAH, wa fil Aa qi ro ti AMINAH, wa qi naa' za bannar (maafkan saya menulis dalam rumi ye).

Tak patut - tak patut.....so para suami/bakal menjadi suami patut
mempelajari ilmu agama banyak-banyak... jgn asyik update/belajar ilmu
ngorat/keje je ...ilmu agama tu yg lagi kena belajar

sang kura-kura yang gembira...

Bukti Siksaan Kubur Bagi Orang Yang Murtad

Tanbihul Ghafilin (Peringatan bagi yang lupa)

Dengan nama Allah s.w.t. yang Maha Agung, Maha Pemurah, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pengampun dan segala Puji-pujian serta Kebesaran yang selayak dengan Kekuasaan-Nya yang mengandungi Keberkatan, Kelazatan, Kemanisan, Ketenangan dan Ketenteraman yang tidaklah tersembunyi kepada orang yang pernah menyebut nama yang suci itu dan pernah mencintai-Nya buat beberapa lama.


Sabda junjungan Agung kita semua umat Islam Baginda Rasulullah s.a.w: "Ballighu anni walau aayah" (Sampaikanlah apa yang kamu dapat daripadaku walau hanya satu ayat)


Kebenaran Siksa Kubur dan Beragam Siksa bagi Orang-orang Kafir

Allah Ta'ala berfirman,

"Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit." (Thaahaa: 124)

Menurut Abu Sa'id al-Khudri dan Abdullah bin Mas'ud, yang dimaksud dengan penghidupan yang sempit ialah siksa kubur.

" Dan sesungguhnya untuk orang-orang yang zalim ada azab selain daripada itu." (Ath-huur: 47)

Ada ulama yang berpendapat bahwa yang dimaksud dengan kalimat ada azab selain daripada itu dalam firman Allah itu, adalah azab kubur, karena Allah menyebut ayat itu sesudah ayat,

"Maka, biarkanlah mereka hingga mereka menemui hari (yang dijanjikan kepada) mereka yang pada hari itu mereka dibinasakan." (ath-Thuur: 45)

Yaitu, hari terakhir dalam kehidupan dunia. Hal itu menunjukkan azab yang mereka alami pada hari itu adalah azab kubur. Demikian pula dengan firman Allah,

"Tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui" (ai-Anfaal: 34)

Karena, ia adalah perkara yang gaib alias kasat mata. Atau firman Allah,

"Fir'aun beserta kaumnya dikepung oleh azab yang amat buruk. Kepada mereka dinampakkan neraka pada pagi dan petang." (al-Mu'min: 45-46)

Yang dimaksud juga azab kubur di alam barzakh. Mengomentari firman Allah,
"Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui. Dan janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui" (at-Takatsur: 3-4)

Ibnu Abbas mengatakan bahwa yang dimaksud ialah kamu akan mengetahui azab yang akan ditimpakan kepadamu di kubur, dan azab yang akan menimpamu di akhirat. Jadi, pengulangan itu menunjukkan dua keadaan.

Diriwayatkan oleh Zar bin Habisy dari Ali bahwa ia berkata, "Semula kami meragukan azab kubur, hingga turunlah firman Allah,

'Bermegah-megahan telah melalaikan kamu, sampai kamu masuk ke dalam kubur. Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui.' (at-Takatsur: 1-3)

Yakni mengetahui siksa di kubur.

Dalam hadits hasan riwayat Tirmidzi, Abu Hurairah berkata, "Kubur orang kafir itu disempitkan oleh malaikat sehingga membuat tulang-tulang remuk. Dan, itu merupakan kehidupan yang sempit."

Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah bersabda, "Kalian tahu, untuk siapa ayat" maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta" ini diturunkan? Dan kalian tahu, apa yang dimaksudkan dengan penghidupan yang sempit itu?" Para sahabat menjawab, "Allah dan Rasul-Nya yang tahu." Beliau bersabda, "Itu adalah siksa orang kafir di dalam kubur. Demi Allah yang jiwaku berada dalam genggaman-Nya, sesungguhnya akan dikuasakan kepadanya sembilan puluh sembilan naga. Setiap ekor naga menjilat, melilit, dan menggigit tubuhnya hingga hari kiamat nanti, lalu ia akan digiring ke tempatnya dalam keadaan buta."

Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Bakar bin Abu Syaibah dari Abu Sa'id al-Khudri bahwa ia berkata, "Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda, 'Akan dikuasakan kepada orang kafir dalam kuburnya sembilan puluh sembilan ekor naga yangakan menggigitnya sampai tiba hari kiamat. Sendainya seekorsaja dari naga itu menjilat sebidang tanah, maka tanah itu akan mati (tidak dapat menumbuhkan tanaman).'"

Disebutkan dalam sebuah hadits mauquf Abdullah bin Amr ibnul-Ash, "Setelah menyuruh malaikat menyempitkan kubur orang kafir, Allah lalu mengirim padanya beberapa ekor ular naga yang kemudiann memakan dagingnya hingga tinggal tulang-tulangnya belaka. Lalu, Allah menyuruh malaikat yang bisu dan buta untuk menyiksanya dengan palu."

(Pasal). Jangan menganggap ini bertentangan dengan hadits marfu yang menyatakan bahwa Allah menguasakan malaikat yang buta dan bisu untuk menyiksa orang kafir, karena siksa yang ditimpakan kepada orang-orang kafir itu berbeda-beda. Ada yang disiksa hanya oleh satu malaikat dan ada pula yang disiksa oleh beberapa malaikat. Demikian pula ini juga tidak bertentangan dengan riwayat yang mengatakan bahwa dagingnya akan dimakan oleh beberapa ekor ular naga, karena kedua azab tersebut bisa sama-sama ditimpakan, sebagaimana firman Allah,

"Inilah neraka jahanam yang didustakan oleh orang-orang berdosa. Mereka berkeliling di antaranya dan di antara air yang mendidih yang memuncak panasnya. "(ar-Rahman: 43-44)

Sekali tempo mereka disuruh makan buah zaqum, dan pada tempo yang lain mereka dipaksa meminum air yang sangat mendidih. Sekali tempo mereka diazab dengan api yang menyala-nyala, dan pada tempo yang lain mereka diazab dengan suhu yang sangat dingin. Semoga Allah melindungi kita dari sika kubur dan siksa neraka berkat rahmat dan kebaikan-Nya.

Sebuah hadits diriwayatkan oleh Ali bin Ma'bad dari Abu Hazim dari Abu Hurairah bahwa ia berkata, "Ketika mayat diletakkan di dalam kubur, ia didatangi malaikat yang diutus Tuhannya dan bertanya, 'Siapa Tuhanmu?' Bagi orang yang diberi keteguhan oleh Allah, ia akan menjawab, Tuhanku adalah Allah.' Ketika ditanya, 'Apa agamamu?' Ia menjawab, 'Agamaku Islam.' Dan ketika ditanya, 'Siapa nabimu?' Ia menjawab, 'Nabiku adalah Muhammad' Merasa sebagai orang yang beruntung, ia berkata kepada malaikat, 'Biarkan aku bertemu dengan keluargaku. Aku ingin menyampaikan kabar gembira ini kepada mereka.' Namun, malaikat berkata, Tidurlah saja dengan tenang, kamu akan dipertemukan dengan teman-temanmu.' Tetapi, bagi orang yang tidak diberi keteguhan oleh Allah, ketika ditanya oleh malaikat, 'Siapa Tuhanmu?', ia tidak bisa menjawabnya. Sehingga, ia lalu dipukul oleh malaikat, dan ia menjerit kesakitan yang suaranya bisa didengar oleh seluruh makhluk kecuali jin dan manusia. Lalu malaikat berkata, 'Tidurlah dengan menderita.'"

Monday, May 3, 2010

Usia Pernikahan Mempengaruhi Kemesraan.......

Sebelum Tido:
6 minggu: selamat bobok sayang, mimpi indah ya, mmmuach.
6 bulan: tolong matikan lampu tu, silau ah.
6 tahun : Sana sikit lah... tido kalau tak mengepit tak bole eh???!

Pakai Toilet:
6 minggu: tak apa, u dulu aje lah, i tak buru2 .
6 bulan: masih lama tak nih?
6 tahun: brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pi lah gunung ledang sana!!

Balas SMS:
6 minggu: iye sayang, jap lagi i sampai ruma, i beli murtabak kesukaan u..
6 bulan: trafik jam ah
6 tahun: k..

Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun : Iyalah!! kalau i tak cintakan u, buat apa i nikah ngan u??

Pulang Keje:
6 minggu: Honey, i dah balik nih...
6 bulan : I'm BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu : Sayang, i harap u menyukai cincin yang i beli
6 bulan : I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun : Nih duit, u beli sendiri lah apa yg u nak..

Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin bbual ngan u di telefon nih
6 bulan : Eh...your call...
6 tahun : WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH....ANGKAT AH!!!

Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka i, rasa makanan ini begitu lazaattt...!!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH? LAUK INI LAGI?

Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi eh
6 bulan: Hati-hati! Nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali2 pon tak paham!!

Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, u seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah.. beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg u nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler ....senang sikit tak perlu naik flight...
6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH EH? BUANG DUIT JE!

TV:
6 minggu: Baby, apa yg kita nak tonton malam ini ?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR2 BOLE

MASAK---MASAK

Dulu saya suke sangat masak2 ni...erm saya suka wat kek, pau, pizza,donat, roti n even roti canai pun saya penah try gak...

Insyaallah pas ni saya akan pupuk balik semangat memasak saya nieh...orang yang selalu jadi tukang rase makanan saya masak sape lagi kalo bukan Umi Soleha...

Teringat plak zaman gile masak dulu..rasenye tiap2 minggu kot saya buat kek..kek coklat, kek marble, chese kek, kek pisang, kek butter....hahahaha..mcm tak caye je..

Roti buku pun saya penah try buat gak...ala roti yang mcm gardenia tu...hehe..seronok tau buat roti sebab nanti tgk roti tu naik..

dULU saya ade gambar ape yang saya masak tapi pas format laptop ni habis sume gambar saya tuh...huhu..

Saya rindula burung2 saya kat umah..deorng makan ke tak..mesti deorang tak ingat kat saya ...huhu...rindu nak dengar bunyi deorang..4 ekor tu bunyi die sume lain2...pastu ade 2 ekor tu kalo malam2 suke duduk dekat2 pastu bile ade orang masuk dapur deorang cam begerak..hehehe.. mesti ade skandal .....I MISS MY MERBUKS...

PAU SEDAP..TRY LA...SENANG JE





Bahan-bahan ( 10 biji )

250g (2 1/2 cawan ) tepung pau diayak (pakai tepung gandum pun boleh)
3g (3/4 sudu teh) yis kering
2g (1/2 sudu teh) baking powder
50g (4 sudu makan) gula castor
20g (1 sudu makan) lemak sayuran
2g (1 sudu teh) bread softener
1/2 cawan air suam
Cara-cara
1.Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan.

2.Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.

3.Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin

4.***Jika menggunakan Bread Maker, masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener dan lemak sayuran kemudian pilih menu dough dan tekan start

5.Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.

6.***Jika menggunakan Bread maker, biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam)

7.Bahagikan doh kepada 10 bahagian

8.Masukkan inti dan tutup kemas.

9.Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi (2" x 2 ") dan susun didalam pengukus.

10.***untuk inti, bolehlah menggunakan inti apa saja, mengikut kesukaan.

11.Rehatkan pau selama 45 minit didalam kukusan.

12.Untuk mengukus, didihkan air didalam periuk pengukus. Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi. Kukus pau selama 10 minit.

13.***TIps : Air perlu lah betul2 panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu.

14.Selamat mencuba...

5 perkara penting

5 perkara yang patut disebut-sebut selalu untuk memberi kesedaran kepada kita sepanjang menjalani hidup ini.
Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang kelima-lima perkara ini iaitu:

*
Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk.
*
Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Al-hamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.
*
Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia.
*
Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.
*
Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan. Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat. Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat? Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Alli dicontohi. Meskipun sudah terjamin akan syurga, Saidina Ali masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa?
*
Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga. Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut selalu macam rasmi ayam 'bertelur sebiji riuh sekampung'. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria' atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (ria') tidak akan mencium bau syurga. Ria' adalah satu unsur dari syirik (khafi). Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang dari Allah. Allah yang menyuruh kita buat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepda Allah yang mengurniakan kebaikan itu.
*
Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain. Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua 'kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan'. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita bukannya keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak. Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik. Hanya dengan cara ini kita terselamat dari bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka

Ngantok...

Hai...

dari pagi tadi sampai malam ni saya asyik rase mengantok jer...

bile baring tak nak plak telelap...

even skang ni pun rase sleapy....

tak nak la minum nescafe sebabnye pas few week saya asyik minum nescafe jek....

erm..tak best sangatla duduk dalam ekon sebab badan rase lemah n kering jek...

tapi hotel yang saya duduk ni ok la..kategori selesa...hehehe...yang penting ade

wireless....

Mira dah dapat lesen kete ...pergh lepas ni habis la sume ceruk KL dia p...hehehe..dia tu kan suka berjalan...

Insyallah sabtu malam saya sampai KL....

Sunday, May 2, 2010

lalalalala....

la la la

hari ni dah start keje kat negeri tempat lahir saya...

hu hu hu....

noktah cinta

Ternyata semua bicaraku
Tersimpan di dalam hatiku
Ternyata semua soalanku
Tak pernah kau fikir di fikiran

Ternyata kau masih
Mencari kepastian dalam cinta
Dan disini masih
Menanti jawapannya

Korus
Tuhan tolong nyatakanlah
Padanya tentang cinta
Adakah masih diriku di perlukan

Tuhan tunjukkan padanya
Tentang apa yang ku fikirkan
Adakah cinta ini
Perlu untuk dirinya

Berbicara tentang cinta kita
Masih tiada noktah penghujungnya
Berbicara tentang perasaan
Simpan saja semua itu

Mengapa kau masih
Mencari kepastian dalam cinta
Dan disini masih
Menanti jawapannya

bLUES Terengganu Kita..

Iklim

Blues Terengganu Kita

Kalu tuang gi pata timor
Jangan lupa maghi sokmo
Negeri terengganumemang sohor
Tempat molek, tanah subor
Tempak Molek, tanah suhor
Na na na na na Terengganu kita ( 2X )

Hoi guang gamoik tu
Yak kelih wak tangi

Pulau kapas, Pulau Redang
Kita lalu ikut Marang
Jangan lupa kuala berang
Sekayu comel, zaman berzaman
Sekayu comel, zaman berzaman
Na na na na na Terengganu kita ( 2X )

Hoy hoy hoy
bangun ke laut eeh...
takat ikang di Kuala Kemamang
Petang-petang wat kerpok gete
Ramai orang, atah gere

Main dam dua tiga papang
Dok sedor sampai ke malang
Kedai payang jual budu belacang
Batek tembaga dan macang-macang

Kalu nok tra nasi dagang
Kita pakat gi kampong ladang
Buat bekal gi merang
Di setiu pata peranginan
Singgah sebetor ke rantau abang
Kita tengok penyu telor
Kita tengok penyu telor

Selamt datang wei...
Tempat kami ramai-ramai
Selamat datang
Negeri kami

Kita singgoh kat primula
Batu burok tepi pata
Laut biru di tanjong jara
Tempat rilek orang dok kacai
Tempat rilek anok-anok dara
comel-comel belaka...
Na na na na na Terengganu kita ( 2X )

Terengganu Kite....

Hai....

Tadi flight saye ke Kuala Terengganu pukul 2.50pm dengan pesawat Berjaya Air MH2012 n dalam pukul 4.05pm saya sampai kat airport Kuala Terengganu..pening lalat saya tadi mase naik flight tu nasib baik tak muntah...hahaha...kalo tak wat malu je ....time jalan nak pi amik beg saya nampak makcik saya n anak2nya dah tunggu saya...baik mereka tolong amik saya n hantar kat hotel...Saya asal Setiu,Terengganu n kalo dari Kuala Terengganu ni nak pi umah atok adela dalam 30 minit drive ...n nak pi sane bole ikut 2 jalan samada jalan takde laut or ade laut....huhuhu....n tadi saya kol atok n atok tanye "mu date la sini umi" hehe dengan slank terengganu

So start esok sampai jumaat saya akan wat audit kat sini..wish me luck k sebab nature company ni fisrt time saya wat n tadi manager saya sempat explain sikit pasal akaun ni...hotel yang saya duduk ni betul2 depan ngn opis klien saya...so bole bangun tido lambat sikit..hehehe..


Ok...to be continued...

Teringat pulak lagu Saleem ...na na na Terengganu kite

Saturday, May 1, 2010

Rasulullah S.A.W Dan Pengemis Buta

Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta, hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya". Setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah SAW melakukannya setiap hari hingga menjelang Beliau SAW wafat. Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, "anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayahanda engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayahanda lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah Itu?", tanya Abu Bakar r.a. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r.ha. Ke esokan harinya Abu Bakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abu Bakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "siapakah kamu ?". Abu Bakar r.a menjawab, "aku orang yang biasa". "Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya. Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada lagi. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abu Bakar r.a.

Nabi Idris a.s Bersama Malaikat Izrail

Suatu ketika Nabi Idris a.s telah dikunjungi oleh Malaikat Izrail dan bertanya Nabi Idris a.s katanya: "Hai malaikat Izrail, engkau dantang ini untuk mencabut nyawa atau untuk menziarah?." Kata Malaikat Izrail aku datang untuk menziarah dengan izin Allah. Kata Nabi Idris kepada Malaikat Izrail: "Hai Malaikat Izrail, saya ada keperluan dan kepentingan kepadamu" Kata Malaikat Izrail "Kepentingan apa itu?" Jawab Nabi Idris "Kepentingan denganmu iaitu supaya engkau mencabut nyawaku dan kemudian Allah menghidupkan kembali sehingga aku dapat beribadah kepada Allah setelah aku merasakan sakaratulmaut". Kata Malaikat Izrail sesungguhnya aku tidak akan mencabut nyawa seseorang malaikan mendapat izin Allah. Maka Allah memberi wahyu kepada kepada Malaikat Izrail agar dia mencabut nyata Nabi Idris, maka seketika itu Malaikat Izrail mencabut nyawa Nabi Idris a.s. Maka Malaikat Izrail menangis atas kematian Nabi Idris sambil memohon kepada Allah agar Allah menghidupkan kembali Nabi Idris a.s.

Kemudian Allah mengabulkan permohonan Malaikat Izrail, maka Nabi Idris hidup kembali. Malaikat Izrail bertanya kepada Nabi Idris as. "Hai saudaraku, bagaimana rasanya sakaratulmaut itu?. Kata Nabi Idris a.s "Sesungguhnya rasa sakaratulmaut itu saya umpamakan binatang yang hidup itu dilapah kulitnya (dibuang kulitnya semasa hidup-hidup) dan begitulah rasanya sakaratulmaut bahkan lebih seribu kali sakit."

Kata Malaikat Maut: "Secara halus dan berhati-hati aku mencabut nyawa yang seperti itu selama-lamanya." Kemudian Nabi Idris a.s berkata lagi pada Malaikat Maut: "Hai Malaikat Maut, saya ada keinginan lagi dengan engkau iaitu saya ingin melihat Neraka Jahanam sehingga saya boleh beribadah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh setelah melihat belenggu, rantai-rantai dan kala jengking yang menyengat orang-orang yang ada di Neraka Jahanam." Kata Malaikat Maut "Bagaimana saya boleh pergi ke Neraka Jahanam tanpa izin Allah".

Mala Allah memberi wahyu kepada Malaikat Maut dengan firman: "Pergilah engkau ke Neraka Jahanam bersama-sama Nabi Idris a.s". Malaikat Maut pun pergi ke Neraka Jahanam bersama-sama Nabi Idris kemudian Idris melihat segala macam seksaan yang diciptakan Allah untuk musuh-musuhNya yang berupa belenggu, ratai-rantai daripada neraka dan kala jengking serta ular dengan api-api yang menyala dan kayu zakum dan air yang sangat panas untuk diminum oleh ahli neraka tersebut. Setelah kembali Nabi Idris berkata lagi kepada Malaikat Maut. "Hai Malaikat Maut, saya ada keinginan lagi dengamu iaitu saya ingin melihat syurga sehingga saya boleh tambah meningkatkan amal ibadah," maka Malaikat Maut berkata "Bagaimana boleh saya bersamamu ke dalam syurga tanpa izin Allah." Maka Allah memberi izin pada Malaikat Maut untuk pergi berdua dan berhenti dekat pintu syurga.

Maka Nabi Idris melihat di dalamnya nampak bermacam-macam nikmat dan istana besar lagi indah dan beberapa anugerah yang berharga, juga tumbuh-tumbuhan serta buah-buahan yang beraneka warna dan rasanya berbeza-beza. Nabi Idris berkata "Hai saudaraku, saya telah merasakan sakitnya sakaratulmaut, saya telah melihat Neraka Jahanam yang didalamnya bermacam-macam rupa seksaan dan azab neraka maka mohonlah engkau kepada Allah agar Allah mengizinkan saya untuk masuk syurga dan minum airnya agar hilang rasa sakitnya sakaratulmaut di tenggkorakku ini dan juga terhindar daripada seksaan Neraka Jahanam.

Maka Malaikat Izrail minta izin kepada Allah lalu mengizinkannya, kemudian masuklah meraka berdua ke alam syurga lalu keluar. Kemudian Nabi Idris masuk lagi ke dalam syurga dan meletakkan seliparnya di bawah pokok kayu di dalam syurga. Maka Nabi Idris berkata kepada Malaikat Izrail "Hai Malaikat Maut, selipar saya tertinggal didalam syurga di bawah pokok kayu, maka kembalikanlah saya kedalam syurga," maka Nabi Idris masuk kesyurga dan tidak mahu keluar lagi dari syurga. Maka berteriaklah Malaikat Izrail memanggil Nabi Idris agar keluar dari syurga. "Hai Idris, keluarlah engaku dari syurga." Maka Nabi Idris pun tidak mahu keluar Allah SWT telah berfirman "Tiap-tiap orang misti merasakan sakaratul maut, sedang saya sudah merasakan sakaratulmaut. Dan Allah SWT berfirman lagi maksudnya: "Tidak ada diantara kamu sekelian kecuali mereka itu memasuki (neraka/syurga) sedang aku pernah memasuki nerakan dan Allah pun juga berfirman lagi maksudnya: "Dan tidaklah mereka itu dikeluarkannya". (keluar daripada syurga).

"Siapakah yang mengeluarkan saya dari syurga" sedangkan Allah telah memberi wahyu kepada malaikat Maut. "Tinggalkanlah dia (Nabi Idris) sesungguhnya Aku telah memutuskan dia di zaman azali dahulu bahawa sesungguhnya dia (Nabi Idris) tergolong ahli dan penghuni syurga."

Dan Allah telah berfirman kepada rasul-rasulNya tentang kisah Nabi Idris dalam firmanNya yang bermaksud. "Dan ingatlah olehmu cerita-cerita dalam kitab Nabi Idris a.s dan seterusnya."

Assalamualaikum...

Assalamualaikum...dah lama rasenye saya tap update blog saya nieh...last week memang saya sangat2 busy...tak sempat langsung nak update blog..Insyallah kot this few week dah tak sebusy hari tu..hari tu saya berapa tak balik umah, tido pun tak tentu..so memang badan n otak penat gile....huhu..but ape nak buat dah kerja saya macam tu..just kadang2 parents saya bising jugak n suh cari kerja lain ..yelakan mak bapak mane yang sanggup tengok anak die keje teruk sampai tak balik umah...

Insyallah sekali lagi pas ni saya akan lembali aktif berblogging hehehehe....tadi saya dah kemas beg nak pegi Terenganu esok...So next week saya akan update blog saya dari Kuala Terengganu...dah lama saya tak outstation sebab last sekali saya outstation kat Nilai...bile outstation ni best sikit dapat rase environment lain huhuhuhu...banyak gak beg saya, harap2 tak lebih maksimum kargo kang tak pasal2 kene bayar tax pulak...huhuhuhu....

Petang tadi saya peri Times Square, Bukit Bintang ....nak dekat 1 jam kot tersangkut jem kat depan Times Square...tapi best la g sane sebabnye banyak gile beg n baju kat sane..parking kete mahal gile sebab tadi saye kene 7 hinggit...erm saya lupe nak cakap yang saya dah pasang spoiler kat kete huhuhu...best je tengok kete dah ade spoiler...cantik..

Dah pukul 1.24am dah skang ni, saya baru bangun tido tadi n baru pas mandi n solat...ok saya dah nak tido, esok dah sampai Terengganu saya akan sambung balik k....

Bye....