Thursday, April 15, 2010

YO!!!

Salam kepada semua yang singgah kat blog C.Umi .....

Huh.....hari ni pun opis C.Umi still lagi mood cuace kat Afrika Selatan...

Panas sangat kat dalam opis ni tambah lagi dengan cuace kat luar yang sangat panas ...

C.Umi n kawan2 tak duduk kat level kami (tingkat 4)....kami wat keje kat bilik meting which located at other level (tingkat 5).....berbeza gile cuace kat antara tingkat 4 n 5.....

Semalam lagila die punye panas...sampai C.Umi rase yang kitorang ni sebenarnya tengah duduk kat dalam suana n bukannye opis...meleket2 badan taw tak selese nak wat keje yang betimbun ni...huhuhu...C.Umi ni kalo suhu panas ni susah sikit nak bepikir huhu....

Harap2 cepatlah air cond ni elok n kami semua bole wat keje dalam suhu yang sejuk seperti sediakala huhu....

**Harap2 post isnin depan bukan pasal air cond opis lagi..

AYAT HARI INI

"Keimanan menghapuskan keresahan, dan melenyapkan kebimbangan. Keimanan adalah kesenangan yang diburu oleh orang-orang yang bertauhid dan hiburan bagi orang-orang yang ahli ibadah"

Wednesday, April 14, 2010

KEK COKLAT


Bahan-bahan ( 2 biji kek )

  • ~Butter 400g ~gula aising 750g ~Egg 6 biji ~tepung halus 600g ~Soda bicarbonate 15g ~Cocoa powder 225g ~Fresh milk 750ml~
  • (Topping) ~gula 400g ~Fresh milk 300ml ~kuning telur 4biji ~Tpg Jgung 120g ~Cocoa powder 110g ~Butter 120g~

Cara-cara:

  1. ayakkan tepung, cocoa powder, gan soda bikarbonat.
  2. pukul telur bersama butter sehingga betul2 kembang.
  3. masukkan telur sebiji demi sebiji sehingga sebati bahan2 tadi.
  4. untuk campuran tepung dan fresh milk gunakan seduk kayu..bahan2 td hendaklah dimasukkan selang seli.. tanpa mengunakan mixer..(care tradisional skit)
  5. masukkan dlm loyang n bakar. suhu 180c selama 45 minute. make sure after 35 minute or 40 minute check cake 2..cucuk dgan lidi or cake test.kalo x melekat dah masak ler 2. (make sure panaskan oven dlu yek.)
  6. (untuk topping): =1. masukkan gula gan fresh milk kacau rata. then masukkan kuning telur kacau sehingga rata gak. masak dengan api yg perlahan. =2. masukkan tepung jagung yang telah dicampur dengan cocoa powder td. kacau sehingga sebati. =3. setelah agk pekat masukkan butter dan terus mengacau sehingga pekat.=

huhihaho.....

Panas betul cuace kat dalam opis C.Umi hari ni...bepeluh2 macam la C.Umi pegi wat aktiviti kat Titiwangsa.....bilela nak elok air-cond ni tak tahan den panas2 ni nak buat keje......

So, kalo keje C.Umi tak siap sume disebabkan air-cond yang rosak n bukan sebab C.umi yang tak efisyen ...hehehehehe...

**panasnye.......

today phrase....

"Orang yang terlalu cepat berputus asa adalah orang yang putus harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati"

PEEK PERIOD TIME..I HATE IT......

bulan ni bermulalah kehidupan sebenar sebagai seorang pembantu juruaudit..pas ni tido,rehat,tgk tb n senang nak cakap sume aktiviti peribadi tak kan cukup seperti biase huhuhu....sedih nye..

tapi nak buat macam mane dah rezeki saye care macam ni..so, kene tabahkan hati...nak lalui bulan ni sampai bulan 9 nanti..huhu....mesti saye akan banyak menerima kate2 bersifat "makian" daripada ..... (x bole disclosed)

huhuhu...telinge n hati kene jadi batu mase dalam bulan busy ni....

Semoga ALLAH memberikan petunjuk dan hidayah-Nya kepada saye dalam melalui bulan busy ni supaye semua keje boleh bejalan seperti yang telah dirancang...DAn cepatla bulan 10..bole relax2 sikit...

Resepi ASAM PEDAS AYAM


Bahan-bahan ( 1 ekor ayam )
  • 1 ekor ayam (dipotong 8@10@12)
  • 35 tangkai cili kering (gunting, rendam dan toskan)
  • 7 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit
  • 1 inci halia
  • Sebesar saiz ibu jari belacan
  • 1 batang serai (dititik)
  • 50gm daun kesum
  • Sekuntum bunga kantan (dibelah 5)
  • Air asam jawa (50gm asam jawa + secawan air)
  • 3 cawan air
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara

  1. Kisar cili kering + bawang merah + bawang putih + kunyit + halia + belacan
  2. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan yang dikisar bersama serai sehingga garing
  3. Masukkan ayam + bunga kantan + daun kesum. Gaul sebati dan tutup kuali sehingga ayam agak mengecut
  4. Masukkan air asam jawa dan gaul sebati
  5. Masukkan pula garam. Gaul sebati
  6. Tambahkan air
  7. Akhir sekali, tutup kuali dan tunggu sehingga ayam empuk serta mendapat kepekatan kuah asam pedas yang ideal. (*Kuah bagi asam pedas ayam biasanya lebih pekat berbanding asam pedas ikan)
  8. **Asam pedas ayam biasanya agak berminyak disebabkan minyak yang turun dari ayam tersebut. Oleh itu, pada yang tidak gemar, boleh buangkan minyak tersebut terlebih dahulu sebelum menghidangnya
  9. ***Pada sesiapa yang suka dan tahan pedas, bolehlah tambahkan sedikit lada hitam