Sunday, August 22, 2010

Catatan tah ape2.....

Assalamualaikum,

Sekejap je kan rase kita dah pun puase 12 hari...cepat betul mase berlalu...Insyallah kalo takde ape2 saya nak jugak buat kuih raye tahun ni..tapi tak buat banyak kot...mira kene kerja masa hari raya n dia dapat cuti pun lepas raye yg ke-20 kot..huhu..mesti tak best ..tapi nasib baik ade orang yang teman saya...hehhee

Tahun ni kitorang satu family kecuali mira raye kat pedas, negeri sembilan...tapi maybe pagi raye saya ade kat kl sebab nak pegi kubur dulu pastu baru saya balik pedas sorang2....

Tak tau nak tulis ape lagi dah..hehhe...nanti saya sambung lagi..hehehe

Wednesday, August 18, 2010

Kuih karamel gula hangus

Semalam buat kuih ni..seronok sangat2 sebab jadi..sape2 yang berminat resepi dia mcam kat bawah ni:


Bahan-bahan ( saiz:16 cm )
400cc(400ml) susu segar/susu cair
5 sudu besar gula halus
3 biji telur- pada suhu bilik
2 biji telur kuning-pada suhu bilik
2-3 titik esen vanila
[ KARaMEL ]
5 sudu besar gula
2 sudu besar air

Cara-cara

1.Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.

2.Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.

3.Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.

4.Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.

5.Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit

6.Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.

7.Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.

8.Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais

Tuesday, August 17, 2010

Malam ke-8 Ramadhan

Assalamualaikum,

Semalam C.Umi dan Mira pegi solat terawih dekat Madrasah Nurul Mutaqqin, Gombak Setia and taskirah untuk malam tadi adalah berkenaan Al-Quran dan boleh diringkaskan taskirah tersebut macam kat bawah ni:

Bulan Ramdhan = Bulan Al-Quran

Ini adalah kerana kesemua kitab2 diturunkan dari langit pada bulan Ramdhan

Dampingi Al-Quran

Kita hendaklah mendampingi Al-Quran tidak kira pada bila-bila masa iaitu samada pada siang atau malam. Ini adalah kerana ketika di dalam kubur, akhirat dan ketika melalui titian sirat Al-Quran lah yang akan menemani kita sehingga kita di selamat sampai ke dalam syurga.

Oleh itu kawan-kawan marilah kita bersama2 berazam untuk mendampingi Al-Quran

Salam

Saturday, August 14, 2010

Resepi buka pose hari ni

Hari ni tetibe C.Umi rase macam nak masak..walaupun sebelum ni C.Umi malas gile nak masak sebab tak de mood biasala sebab tgh dalam mood putus cinta lagi..huhu..cinta ni memang bahaya sebab dia melibatkan hati dan perasaan...

Hari ni C.Umi nak masak begedil ayam n kuih .... idea ni datang lepas C.Umi selongkar resepi yang C.Umi ade simpan kat dalam laptop ni...

Resepi dua2 masakan ni macam kat bawah, so sape2 yang minat masak bole la try..kang lepas buat C.Umi upload gambar k..bye...Semoga bulan Ramadhan ni memberikan C.Umi kehidupan yang baru tanpa dia...

Bengkang Mak Tam


Bahan-Bahan:
4 biji telur
4 cawan santan
2 cawan tepung gandum 1 cawan gula
¾ sudu kecil garam
2-3 titis pewarna hijau

Cara:
1. Campurkan kesemua bahan dalam blender & blend hingga tepung tidak berbintil.

2. Masukkan ke dalam acuan yang telah disapu butter & bakar hingga keperangan. (lebih sedap kalau berkerak atasnya)

Begedil Ayam

Bahan-Bahan:
½ kilo kentang - direbus, kupas kulit & lecek
¼ kilo isi daging ayam - digoreng tidak terlalu garing
segenggam bawang goreng
50 sen daun sup & daun bawang - hiris halus
garam secukup rasa
tepung gandum - anggaran 4 sudu makan
2 biji telur ayam - pukul sedikit


Cara:
1. kentang yang telah direbus dan dikupas dilecek/ atau ditumbuk hingga tidak berketul (lumat - bagi memudahkan untuk mengepalnya).
2. Isi ayam yang telah digoreng disiat-siat dan disatukan dengan kentang lecek tadi.
3. Masukkan garam, bawang goreng dan tepung gandum, mula-mula 2 sudu dahulu, jika sudah boleh dikepal, teruskan mengepal bulat-bulat dan dileperkan sedikit. Jika masih belum boleh dikepal tambahkan tepung gandum lagi.
4. Celup dalam telur yang dipukul sedikit dan goreng sehingga kekuningan.
Cadangan Hidangan:
Enak dimakan dengan Soto.
Tambahan:
Bagi orang yang berpenyakit gout, amat sesuai hidangan ini. Boleh digantikan isi ayam dengan daging cincang. Tapi matikan darah dengan masak dengan sedikit air dan dimasak sebentar. Jangan ambil airnya takut begedil terlalu lembik.

Thursday, August 12, 2010

Taskirah dari arie

Hari pertama: Eh ni ape xsiap lagik.cepat la kang terlepas terawikh.
Hari ke2-ke6: Papa...papa pegi terawikh x?
Hari ke7-ke18: Papa bz la arini..ade keje na kena wat.so pegi ngn mama la.
Hari ke19-ke27: Harini papa ada majlis berbuke pose kat hotel la.kat opisla.kat umah Bos la.kat..
hari ke28-terakhir: kite na balik kg ne...h, balik malam lagi senang-sejook skek-kat kg plak na masak lemang, ketupat.bla bla bla bla

p/s: arie kate suh bayar royalti kat dia sebab tampal kate2 dia kat blog C.Umi..berat ni kang tak bayar kene saman pulak

Taskirah malam ke-3

Tempat: Surau Nurul Mutaqqin, Gombak Setia

Puasa terdiri daripada 3 jenis

- Puasa umum
Puasa yang hanya menahan makan, minum dan lain-lain

- Puasa ..(tak ingat la)

- Puasa khusus
Orang yang berpuasa dengan hatinya sekali

Mendidik anak-anak denganlah cara yang sederhana iaitu tidak terlalu kasar dan terlalu lembut.

Taskirah malam ke-2

Tempat : Surau Nurul Mutaqqin, Gombak Setia


Manusia haruslah membuang segala sifat sombong dan egonya supaya segala doa2nya dimakbulkan oleh Allah.

Pelik jika kita bertemu dengan orang miskin yang sombong kerana mereka sentiasa mempunyai sifat merendah diri. Rasulluallah sendiri selalu berdoa supaya dia hidup dan mati dalam keadaan yang miskin.

Monday, August 9, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum semua,

C.Umi nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Marila kita bersama2 menyiapkan diri untuk menyambut bulan ini seperti mana kita bersusah payah menyiapkan diri untuk menyambut Aidilfitri. C.Umi penah dengar yang orang cerita bahawa penghuni kubur sangat menantikan ketibaan bulan yang mulia ini kerana pada masa ini semua siksaan kubur dihentikan sehingga berakhirnya bulan ramadhan ini..waallhualam...hampir setahun pemergiaan suami tercinta yang mana dia telah pun pergi meninggalkan C.Umi pada 7 Syawal yang lalu..sungguh pantas mase berlalu seolah2 baru semalam kami disahkan selamat sebagai suami isteri dan seperti baru semalam juga dia pergi meninggalkan C.Umi..macam2 telah berlaku sepanjang ketiaadaan arwah...hidup C.Umi seperti terumbang ambing dan terima kasih C.Umi ucapkan kepada semua yang banyak membantu C.Umi menjalani saat2 yang sukar ni terutamannya Mak, Ayah, Mira,Udin, Leha, Abg Saiful dan sahabat2 C.uMI..Hanya ALLAH yang dapat membalas jasa baik kalian...
C.Umi berazam untuk berusaha melakukan sebanyak mungkin ibadat di sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini..semoga ALLAH memberikan petunjuk dan hidayahNya kepada C.Umi dalam melalui liku2 kehidupan ini ...Semoga kite semua beroleh keberkataan di bulan yang mulia ini..

~Amin~

Sunday, August 8, 2010

Maafkan saya

Salam,

Saya sangat menyesal dengan apa yang telah saya lakukan beberapa hari lepas.. Saya tidak berfikir panjang sebelum melakukan apa yang telah saya lakukan...Saya sayang dia dan akan tetap sayang dia..walaupun mungkin berat bagi dia untuk memaafkan saya..Saya harap masih ada harapan untuk hubungan ini....

Maafkan saya.

~Umi~