Friday, July 30, 2010

Pagi sabtu yang indah

Salam kepada semua sahabat yang sudi mengunjungi blog C.Umi,

Hari ni C.Umi mulakan hari dengan penuh bersemangat dan lakukan macam-macam aktiviti untuk melupakan kesunyian C.Umi...mula2 pagi tadi pegi jogging kat titiwangsa ngan mira..kite orang jogging adalah dalam 1 round jugak..huhu...pastu jumpa plak ngan sepupu kitorang angah ngan dekma ..huhu..habis jogging C.Umi ngan mira pegi kat kolam renang kat Selayang...kolan renang ni DBKL yang punya n kene bayar RM4 untuk sekali masuk...hehehhe C.Umi ni bukannye pandai berenang sangat pun sikit2 bolehla...tapi mira lagi teruk sebab dia tak berani langsung nak berenang hehehe...esok C.Umi nak pegi lagi ngan mira kat kolam tu huhuhu...Skang ni C.Umi dah ade minat baru..huhu..bace buku novel..seronok jugak n alhamdulilah C.Umi dah tak berapa sunyi n murung sangat...nanti C.Umi nak pegi lagi MPH cari agame ke, novel ke..tapi kalo buku novel C.Umi tak beli yang cerita dia pasal cinta sebab nanti C.Umi yang sedih..huhu..kalo cerita hantu ke penyiasatan ke ok kot...huhu..

Ok lah guys C.Umi kene anta mira pegi keje n kalo ade kelapangan C.Umi tambah post entry baru lg..by n take care

Wednesday, July 28, 2010

Accident kat trafffic light

Salam kepada semua sahabat-sahabat yang sudi mengunjungi blog C.Umi. Semoga kita semua beroleh rahmat dan keberkatan dari ALLAH s.w.t untuk kehidupan kita di dunia dan akhirat kelak.

Semalam dalam pukul 8 mlm ayah dan mak C.Umi datang amik kat tempat keje. Mase sampai kat traffic light yang dekat ngan rumah C.Umi, ade ramai orang berkerumun dekat tengah jalan n disebabkan tu jalan jadi jem. Bila van ayah dah dekat ngan tempat orang bekerumun tu C.Umi nampak ade makcik pakai telekung menangis..Rupe2nya ade accident yang mane dari cerite kat orang2 situ si anak berusia dalam 20-an mengambil emak dari masjid dan kedua2nya terlibat dalam kemalangan cuma anak yang mengalami cedera parah...ambulan lambat sampai n lepas tu C.Umi tak tau ape yang terjadi...

Bile C.Umi tengok peristiwa tu C.Umi teringat peristiwa arwah dahulu..adik C.Umi cerita masa arwah jatuh orang ramai pun mule berkerumun dan hanya menyuarakan pendapat seperti "renjis air kat muke dia, nak bagi dia sedar"...namun takde yang bertindak..adik C.Umi mase tu berada dalam keadaan terkejut dan tak tau ape yang dia kene lakukan..

Perkara yang C.Umi nak bangkitkan kat sini ialah jika terjadi kemalangan di tempat awam dan ditakdirkan kita berada di tempat kejadian seharusnya tindakan pantas perlu di ambil seperti segera menelefon ambulan dan semasa menunggu buatla ape2 yang patot untuk membantu si mangsa kemalangan tersebut kerana mungkin dengan tindakan kita dapat membantu.

Monday, July 26, 2010

C.Umi dan bas metro

Salam semua...

Hari ni macam biase C.Umi pegi keje naik bas jugak...sumenya macam biase kecuali masa naik bas no.2 dari Jalan Chow kit nak pegi jalan ipoh..C.Umi terpadang bas metro nak pi Jalan Ipoh n C.Umi pun tahan la bastu...ade la dalam 4-5 orang yang nak naik bas tu jugak....kebanyakkannye naik ikut pintu belakang termasuklah C.Umi n C.Umi merupakan orang yang terakhir naik bas tu ikut pintu belakang bas tu...

Bila sampai giliran C.Umi nak naik...mase nak langkah je nak naik bas tu tibe2 bas tu berjalan..YA ALLAH tekejut C.Umi....nasib baik tak jadi ape2..kalo tak ALLAH je yang tahu ape yang jadi.....trauma betul.....bile sampai mase nak turun plak..bas tu tak berhenti betul2 nak bagi C.Umi turun...takutnye nak naik bas tu lagi...

Di sini C.Umi nak bagi sikit pesanan penaja kat driver bas tu ....lain kali make sure orang dah naik/turun baru jalan..kalo tadi C.Umi jatuh tadi awak nak tanggungg?? kalo C.Umi jatuh tadi sape yang nak siapkan akaun yang C.Umi tengah buat??sape yang nak bawak C.Umi pg hospital?? sape yang nak ganti C.Umi bawak mak pegi jalan?? sape yang nak ganti C.Umi pegi melawat kubur arwah?? Geram betul C.Umi.....huhuhu kang naik pulak darah tinggi saya ni....

Lately ni C.Umi selalu rase sakit dada n kalo bukak kipas kuat2 nanti C.Umi batuk2 ni maybe sebab habit C.Umi yang suka sangat mandi malam2 ...kepada kengkawan sume jangan ikut habit yang tak baik ni taw..nanti kengkawan sakit macam C.Umi plak kang..

Ok..take care semua n InsyALLAH ade kelapangan nanti C.Umi post entry baru....

Sunday, July 25, 2010

Bantal busuk ku...

Kau selalu disisi ku di saat aku menangis,
Kau tetap ade di situ ketika aku geram,
Kau jualah menjadi tempat aku melepaskan perasaan,
Kau selalu menemani waktu tido ku,
Kau tetap kaku walaupun macam2 yang aku dh lakukan pada mu,
Aku harap kau akan tetap berada di situ untuk terus menemani aku
Dan aku harap tiada sesiapa yang akan merampas kau dari aku
Kerana saat bersamamu merupakan saat terindah dalam tido ku..
Wahai bantal busuk ku.....huhuhu

**malam kang saya upload gambar bantal busuk ni**

KIsah Umi dan bas

Salam semua,

Hari ni C.Umi pegi keje naik bas..n mood pun tak berapa nak happy sangat hari ni..Naik bas tadi pulak ade sorang bangla ni asyik dok tenung C.Umi...naik rimas plak tengok si mamat bangla nie....Rasanye all the way naik bas tu kot dia asyik pandang2 je...Orang dahla tengah bad mood nak pandang2 plak kang kalo hempuk ngan beg baru tau.....

Huhuhu..bukannye diskriminasi tapi tak selesa dengan tenungan si bangla tu....plz i punye test bukan international k...hehehehe..i suke orang johor bharu....walaupun dah lame tak dengar kabar berita dari dia...huhuhuhuhu

Sepupu ku Amir yang comel

Semalam lepas amik mira keje pukul 9 malam C.Umi, Mira n leha pegi umah makcik kitorang kat kem sungai besi sebab atok ngan nenek ade kat sane...Malam sebelum tu pun C.Umi, Mak n leha dah pegi jumpe atok...

Kitorang ade sepupu name amir ..dia ni baru umur dalam 5 tahun..dia ni sangat2 comel n kalo dia bercakap pun macam orang besar...semalam ade benda yang sangat lucu yang si amir ni dah cakap kat C.Umi....n dialognya lebih kurang macam kat bawah ni:

Amir : K.umi....ni kete K.Umi yang mane?

C.Umi : Kete K.Umi yang K.Umi bawak semalam la amir

Amir : Yeke? Kenapa macam lain je? ke K.Umi ade dua kete?

C.Umi : Takla amir ..ni 1 je kete K.Umi...kenape Amir tengok kete ni lain ke dari kete semalam?

Amir : Erm..nampak macam same dari semalam tapi macam lain sikit...

C.Umi : Kenapa lain?

Amir : Sebab ade lekok(spoiler) kat belakang

C.Umi: Amir, semalam pun lekok ni dah ade dah

Pastu C.Umi, Mira n leha sume ketawa...hahahahaha..Amir ni memang kelakar

Tadi dalam pukul 3 ptg deorang suma datang umah C.Umi...n ade lagi bende kelakar yang si Amir ni borak ngan mira pas Amir tengok burung C.Umi yang kat dalam sangkar tu




Amir: K.Mira ..amir pun ade bele burung jugak

Mira: Amir bele burung ape?

Amir: Amir bele burung kakak tua

Mira: Bile Amir bele?

Amir: Amir nak bele minggu depan

Hahahahahaha memang Amir ni kelakar n muke dia selambe je bile dia cakap bende yang lawak2 ni

Saturday, July 24, 2010

Jahat-Stacy

Aku sudah serik bercinta
Kerna asyik berakhir dengan kecewa
Tapi sejak hadirnya dia
Semua sistem kawalan kini terdedah

Kepala kata jangan gelojoh (no)
Hati pula kata pergi (go baby go)
Benarkah cinta itu buta
Kerna tak nampak apa selain dia

Korus
Aku aku
Bagaikan sudah terkena mantera cinta
Dari manakah kau datang menyerang
Diriku diriku
Yang disangka kebal
Oh jahatnya kamu
Jahatnya kamu
Engkau engkau
Penyebab diriku terigau-igau
Kini ku terbayangkanmu hampir setiap waktu
Ku mahu ku mahu denganmu selalu
Oh jahatnya kamu
Jahatnya kamu

Apa agaknya sudah jadi
Pada ingkar untuk tak bercinta lagi
Walaupun belum bersedia
Tapi hatiku mendesak dan menggesa

Ulang korus 2X

Jahatnya kamu
Jahatnya kamu

Avillion Resort Port Dickson



Hotel dia yang kat atas laut



Tempat ni memang sangat2 cantik n tak rase macam duduk kat PD....



Tempat tinggal kami selama seminggu



Pet farm yang dihuni oleh ayam, burung merak n arnab ...deorang ni tersangat2la cute




HIKMAT, RAHSIA DAN KHASIAT SURAH-SURAH & AYAT

1) BISMILLAH

Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian mengejut. Dan barangsiapa membaca sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca.

(2) SURAH AL-FATIHAH

Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat Subuh dan fardhunya, nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barangsiapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezekinya dilapangkan oleh Allah dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya.

(3) AYAT AL-KURSI

Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipu daya dan gangguan syaitan. Dengan membacanya seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya. Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat. Dan tersebut dalam hadith yang lain: Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid. Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.

(4) SURAH AL-BAQARAH

Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanar rasulu) sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.


(5) SURAH ALI-IMRAN

Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.

(6) SURAH AN-NISSA'

Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.

(7) SURAH AL-MAIDAH

Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut -turut, insyaAllah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang. Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat 101 dari surah ini, keatas air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya dia tidak akan bercakap dusta lagi.

(8) SURAH AL-AN'AM

Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini,dibaca oleh penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.

(9) SURAH AL-A'RAAF

Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya. Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah.

(10) SURAH AL- ANFAL

Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di cintai dan dihormati oleh sekalian manusia.

Terima kasih hamba ALLAH.......

Salam semua,

Hari ni C.Umi benar2 rasa insaf dan terharu sebab C.Umi macam baru tersedar dari mimpi bila terbaca komen dari seorang hamba ALLAH pada salah satu post C.Umi...C.Umi terharu kerana ALLAH sayangkan C.Umi dengan memberi petunjuk kepada C.Umi melalui hamba ALLAH tersebut....C.Umi terlalu memikirkan hal dunia yang hanya sementara ni...Pasti apa yang terjadi ade hikmah-Nya yang tersendiri...dan tidak bermakna ALLAH tidak menyayangi C.Umi jika doa2 C.Umi tidak dimakbulkan dan mungkin ade sesuatu yang lebih baik telah diaturkan oleh ALLAH.....C.Umi terlalu emosi dan tak taula kenape,C.Umi pun kadang2 rimas dengan perangai C.Umi yang satu ni dan insyALLAH C.Umi akan cube memperbaiki sikap C.Umi yang ni...Tadi dengar radio ade satu rangkap perkataan yang diucapkan dj radio tu menarik perhatian C.Umi..lebih kurang macam ni la yaang dj tu cakap

"U have to accept what people like and not to make them accept u too and don't judge people if you don't want them to judge you back"

Telur di hujung tanduk....

Sedih C.Umi bila memikirkan perkara ni berulang kali bukanla bermakna C.Umi takde benda lain nak dipikirkan tapi perkara ni tetap bermain di benak C.Umi ni...nak kate C.Umi takde keje tak jugak...entahlah..C.Umi sedih sangat2 bile memikirkan hal ni...

Macamana nak harungi hidup ni sorang2? C.Umi tak tau C.Umi mampu ke tak nak hadapi semua ni.....mungkin C.Umi terlampau memikirkan perkara ni or maybe C.Umi terlampau berharap .....

Semoga ALLAH memberikan kekuatan dan semangat supaya C.Umi dapat menjalani hidup ni pada landasan yang betul...Semoga perasaan ni cepat pergi kerana ianya sangat2 menyeksakan C.Umi....

Thursday, July 22, 2010

Pagi jumaat yang penuh berkat

Salam semua....

Hari ni C.Umi kene anta report kat bos C.Umi...report ni memang mencabar dari report2 yang lain...report ni tak complete 100% sebab ade part yang C.Umi tak tau nak cari info kat mane..bukanlah nak kate C.Umi tak cari..tapi dah cari n tak jumpe...

Semalam C.Umi kene pagi jalan yap kwan seng sebab nak amik dokumen dari klien n bos C.Umi dah tunggu kat sana....mase tengah tunggu klien bawak dokumen bos C.Umi mengajukan soalan yang sangat cepumas..n soalannya adalah seperti berikut

"Umi, bila u nak nikah"

Hahahahahah..nak ketawa C.Umi....kalo takde orang pinang C.Umi macammana nak kahwin ye tak? takkan C.Umi pulak yang nak pegi minang pihak lelaki..tak ke dah macam perigi cari timba...

Bila cakap pasal jodoh ni...bukannya C.Umi taknak tapi ni semua terletak di tangan Allah..jika ditakdirkan jodoh C.Umi dalam waktu terdekat ataupun tidak C.Umi tetap redha dengan segala ketentuan dari yang Esa.

Jujur C.Umi cakap kalo tengok orang pregnant or tgh bawak anak C.Umi sangat tersentuh n selalu terpikir mesti bes kalo C.Umi dapat macam deorg..tapi nak wat macam mane belum sampai masanya lagi...Insyallah akan sampai masa nye nanti jika telah ditakdirkan namun jika tidak C.Umi kena jadi seorang wanita yang tabah..tidak bermakna jika kita menyayangi seseorang itu kita harus memilikinya...sebab takde manusia yang akan hidup selama...En. Saiful sangat istimewa buat C.Umi sebab dia telah mengembalikan semangat C.Umi..n C.Umi harap semoga pertemuan ini dirahmati Allah...

Tuesday, July 20, 2010

MINGGU YANG PENUH DENGAN KESEDIHAN

Minggu ni merupakan antara minggu2 yang sangat sedih dalam hidup C.Umi...walaupun minggu ni lebih kurang sama macam minggu2 mase C.Umi pergi outstation baru2 ni....semalam ayah C.Umi marah2 sebab tak bagi C.Umi pegi melawat abah yang baru pas operation...erm bagi C.Umi bende yang dah lepas tu biarla lepas..n lagipun orang tengah sakit ape salahnye kite pegi melawat ....huhuhuhu....entahlah kadang2 rase susah sangat hidup tapi kalo tak susah bukan namenye hidupkan?..huhu..C.Umi harap minggu yang penuh kesedihan ni akan cepat berlalu n digantikan dengan minggu yang penuh dengan bunga2 cinta..hahahhaa..apa la yang C.Umi dah merepek ni....

Luahan hati dari insan yang telah didelete in friend list name

Salam semua..C.Umi nak buat luahan hati sikit sebab C.Umi rase dah tak tahan sangat...Cite dia macam ni...ade 1 hari tu C.Umi check fb n tibe2 terpikir yang budak ni dah delete aku ke? .....n today C.Umi terbaca post yang seakan2 meluru ke arah C.Umi ....apekene ngan budak ni meroyan ke ape?? tibe2 nak sound orang macam tu.....dia tak tau cite sebenar pas tu sedap2 nak hentam orang macam tu.....argh tensionnye..tapi sure ke yang dia nye post tu utk mengate C.Umi....hahahahahaha......takpe C.Umi ni memang emosi sikit.....

Monday, July 19, 2010

Semangkuk bakso dan secawan teh ais

Tadi lunch C.Umi makan bakso ngan teh ais....kat dalam bakso tu ade bebola daging...n bebola daging tu punye la besar sampai kawan C.Umi pun tegur disebabkan kebesaran bebola tersebut yang terlampau...la ni C.Umi dah terlampau kenyang and paham2 jela kalo dah kenyang bole dapat penyakit...hehehe..penyakit mengantok.....

8 bungkus nasi goreng + 2 bungkus air

Malam tadi dalam pukul 10.40 ..adik C.Umi kol n suh C.Umi belikan makanan dia untuk dia n kawan-kawan dia yang lain sebab orang yang selalu amik order tu takde...C.Umi pun pegila belikan dengan leha...dalam pukul 11.15 C.Umi sampai hospital n pas makanan kat mira...On the way balik umah mira kol kate makanan tak cukup bile C.umi ngan leha check balik mesej mmg mira yang tak tulis nak 2..huhu....sian Mira dia bagi makanan dia kat kawan dia n dia tak makan...

Pagi tadi Mira anta C.Umi pegi keje naik kete n C.Umi pun ajakla dia pi breakfast...nasib baik hari ni C.Umi dapat duit klaim huhuhu ade gak duit..sebab skang C.Umi memang dah kering kontang...hehehhee...

TIPS KHUSYUK DALAM SOLAT

Sebelum membaca apa-apa bacaan di setiap gerakan solat, pastikan kita benar-benar rasa jelas lagi nyata bertemu dengan Allah SWT. Kemudian barulah membaca bacaan solat dengan penuh rendah hati dan terus menjaga kesedaran yang kita sedang bertemu dengan Allah SWT. Sederhana kan?

“khusyuk itu adalah keyakinan bertemu dengan Allah SWT dan yakin kembali kepadaNya”.

Kita berjaya kembali kepada Allah SWT apabila kita SEDAR akan pertemuan kita dengan Allah SWT yang sedang berlangsung itu.

CTH: sebelum membaca Takbiratul ikram, pastikan kita benar-benar sedar yang kita sedang bertemu dengan Allah SWT hingga BENAR-BENAR terasa pertemuan itu. Kemudian barulah membaca bacaan solat.

Untuk menguatkan kesedaran ini fahamilah (bukan hafal) makna bacaan solat agar faham apa yang diperkatakan atau disampaikan kepada Allah SWT.

Analogi: Ketika kita mengucapkan thank you, kita tidak menghafal thank you = terima kasih. Tetapi kita memahami terus dlm hati bahawa thank you itu adalah ucapan terima kasih tanpa memikirkan maknanya.
Lakukan terus ketika rukuk, sujud dan seterusnya.

Pertemuan ini mesti dalam keadaan sedar penuh dan TIDAK membayangkan Allah kerana apa yang dibayangkan pasti bukan Allah SWT.

PRAKTIKKAN….inshaAllah pasti ada perbezaan solat kita dengan solat yang lepas.

Sunday, July 18, 2010

PERKARA-PERKARA YANG MEMBUAT KITA HILANG INGATAN DAN TUMPUL MINDA

Kurangkan makan bawang besar

Kurangkan makan berempah

Kurangkan makan ketumbar kering

Kurangkan menonton hiburan

Kurangkan membaca majalah hiburan

Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak

Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)

Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2

Jangan makan kepala ikan

Jangan minum air yang ada semut

Jangan tidur selepas subuh

Jangan tidur selepas asar

Jangan tidur selepas makan

Jangan makan terlalu kenyang

Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam

Jangan menyapu rumah pada waktu malam

Jangan makan yang masam-masam berlebihan

Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan

Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam



PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIAMALKAN



Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2

Selalu makan makanan yang panas2

Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2

Selalu minum air masak

Selalu makan ulam2

Selalu mengamalkan pandangan hijau

Selalu bersenam

Selau menggunakan imajenasi otak

Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya

Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit

Jangan ego

Jangan dengki pada orang lain

Jangan makan dari sumber yang tidak halal

Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal

Jangan makan makanan yang ada pewarna

Jangan makan makanan yang ada pengawet

Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali

Jangan mandi selepas 9.00malam

......dan yang paling penting dibawah ini........

selamat beramal.....


Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.


Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas
kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
mengotori seluruh rumah kita.


Jangan makan dan minum dalam
bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.


Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah
digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu
berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang
berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap
diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila -bila masa.




Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.

Nanti kita sombong apab ila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

Wasalam

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.."

(Surah Al-Ahzab:71)

Untuk Renungan Sahabat2

Semoga amalan solat menjadi lebih baik lps ini..

Ilmu manafaat bersama.
Bagi kaum lelaki sampaikanlah kepada saudara-saudara perempuan.
============================================

Sebagai panduan untuk kita mengadap Allah Yang Maha Esa
UTK RENUNGAN BERSAMA....
Baiki cara solat khas utk perempuan


Semoga saudari sekalian dapat menambah kualiti solat anda.

Sebelum memulakan solat, kita mengambil 2 minit untuk "menyediakan diri"
sblm menghadap Yg Esa.

2 perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat...sewaktu kita
berdiri tegak sblm lafaz niat :

1. Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita. Kenangkan
kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak
utk diberi peluang menghadap yg Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan
menyesallah.

2. Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan
oleh yg Esa utk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita
d ijadikan sbg seorg Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi
hamba2nya yg hina ini lebih daripada seorg ibu menyayangi anaknya.

Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan
mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan sambil
membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus. Setelah
bertakbir, penceramah menunjukkan pula cara2 solat yg betul, penuh adab
dan sopan,sesuai dgn keperibadian kita sbg wanita dan selayak2nya adab
utk menghadap Tuhan.

1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir :

i. Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga

ii. Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga

iii. Mengangkat kedua2 tgn sehingga keparas dada (bukan telinga).

Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan. Syaitan2 yg

berupa kambing hitam gemar bergayut2 dicelah lengan(bawah ketiak) utk

mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.

2) Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas
sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke
atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tgn
kiri agak2 selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati badan.

3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn penuh
tertib dan sopan. Kedua2 tgn melurut peha dgn perlahan dan berhenti di
atas lutut. Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90 darjah).
Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.

4) ' Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami Allahuliman
hamidah..." dan mengangkat tgn posisi takbir ketika membaca "rabbanaa
lakal hamdu"

5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yg tertinggi".
Tertib sujud ialah dgn meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru diikuti
tapak tgn dan seterusnya dahi. Kedua2 tgn dirapatkan di bhgn bawah
sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit terbuka di antara
kedua2 tgn dan di situlah dahi diletakkan. Jgn sujud terlalu jauh ke
hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7
iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut dan kedua belah kaki
(setakat jari shj).Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke
kiblat.

6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara :

i. Papan punggung diletakkan diatas kedua2 kaki

ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur agar

ibu jari menghadap kiblat.

7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlm
keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk bangun,
gunalah tangan kanan atau kedua2 tangan utk membantu kita bangun.

8) Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut
"....illallahh..." ( "laa ilaa ha ILLALLAH"). Jari telunjuk itu jangan diturunkan

sehingga memberi salam.

9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh
sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di
sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika
bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180
darjah.Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.

10) Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dgn melapikkan papan
punggung dgn kedua2 kaki. Tgn diangkat separas dada dan berdoalah dlm
keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg tinggi
dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita
sedang menghadap yg Esa.

Seterusnya, kain yg digunakan ukt solat juga perlu menepati ciri2 yg
tertentu. Antaranya:

1) Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya
kita memakai kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna
kulit,maka solat kita tidak sah. Seelok2nya carilah kain telekung yg
tidak jarang (antara caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain).

Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dlm dan pastikan
sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dgn berbaju sleeveless di dlm
telekung, pastikan bahu dan tgn tidak kelihatan warna kulit jika diamati
dari luar telekung.

2) Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yg malas membawa kain solat,
sekadar membawa telekung shj.
Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan shj digunakan dan bagi
menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi
pastikan stokin yg dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud,
kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat
kita ketika itu lalu tidak sahlah solat. Sebaik2nya pakai stokin yg
tebal (stokin yg lazim dipakai ketika bersukan) ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.

3) Ada kain telekung yg indah bersulam dan berkerawang. Ada yg berlubang2
sehingga di belakang telekung. Adakalanya, bagi mereka yg rambut
panjang, jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung, rambut2 ini akan
terkeluar di celah kerawang telekung. Oleh itu, berhati lah. Sama lah
kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama.

Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat
yg baik akan melahirkan peribadi yg baik. Saya akui, ianya agak berat.
Oleh kerana telekung yang agak jarang, seeloknya memakai tudung labuh

di dalam telekung setiap kali solat, pakailah telekung yg lebih baik kualitinya.

Mungkin terasa panas ketika solat tapi gagahkan juga lah. Yg penting, dapatkan

solat yg diterima Allah, walaupun dari segi khusyuk solat. Yg penting, kita kena ingat,
inilah sebahagian persediaan kita utk akhirat. Jgn pula nanti kita dihisab pula

kerana solat yg tak sempurna. Biar susah sekarang, jgn susah di alam baqa ' .

Sekian saja yg dapat saya kongsi bersama. Sekira2 ada salah dan silap,
harap dimaafkan. Segala yg baik itu dtg dari Allah s.w.t. dan yg buruk
itu dari saya.

Wassalamu.

** Dari Abdullah bin ' Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, Sampaikanlah
pesanku biarpun satu ayat.. **

Wad 4, Tingkat 2 katil 27

Semalam mase kat opis C.Umi dapat kol dari 017....

"Umi, ko kat mane? ni mak"

"Umi kat opis mak .."

"Mak nak bagitau abah masuk hospital kaki kene operate lagi.."

"Owh yeke..InsyaALLAH umi datang jap lagi mak"

Dalam pukul 3.30 C.Umi pun gerak dari opis pegi Hospital Kuala Lumpur (HKL)...C.Umi sorang2 je mase tu sebab leha tak nak ikut C.Umi pegi opis...dia sibuk ngan aktiviti memancing dia...

Pukul 3.45 C.Umi sampai HKL,tempat parking kete jauh dari wad...C.Umi pun pegila kat tajuk post ni...

Pastu nampak mak ngan abah...deorang senyum tengok C.Umi datang...huhu..sian abah..kencing manis abah macam teruk jugak...C.Umi doakan semoga abah cepat sembuh...
Macam2 kami borak mase kat hospital sampaikan tibe2 suasana jadi hiba and kami bertiga menangis....

bekal kuew teow + air masak

salam semua...laptop C.Umi baru je elok..huhu...C.Umi dah berape hari tak dapat nak post entry baru sebab terlupa password blog..huhuhuu...Hari ni C.Umi pegi mandi sungai ngan adik2 C.Umi kat Hulu Yam..hehehe..kitorang bawak bekal kuew teow yang C.Umi masak pagi tadi untuk breakfast ngan bekal air masak....huhuhu..

Seronok gak tadi mandi2 ngan udin n leha..leha bole berenang but udin tak reti..udin duduk kat atas batu ...nasib baik kitorang dapat port yang best sebab tak banyak batu...

Nanti kalo cukup duit and ade mase C.Umi nak bawak adik2 C.Umi gi bekelah kat PD...best nye mandi laut...hehehe....


Monday, July 12, 2010

Pagi yang dingin....

Pagi ni udin yang kejutkan saya....."K.Umi bangunla cepat, aku nak jalan awal, nanti matahari naik" lebih kurang macam tula udinnye dialog...huhu tadi C.Umi sampai kat opis pukul 8....takde org lagi kat opis mase tu....


Erm....esok saya kene gi keje sendiri..kene jalan kaki pastu naik bas pastu jalan kaki lagi and naik bas 1 lagi..pastu jalan kaki sikit lagi n baru sampai opis.....stamina dah la rendah ni sebab dah lama tak jalan kaki...huhuhu...lama2 nanti biase la kot...bestnye kalo pakwe C.Umi duk dekat ngn umah C.umi...hehehhe..bole gi keje ngan dia...hehehhe..wawawawa...sedihnye kene jalan kaki sorang2

Okla kengkawan...C.umi nak start wat keje...nanti C.Umi sambung lagi....

zaman kat teknik kajang

Bangun pagi pukul 6.30 kot.....

pastu solat subuh....siap2 nak pi sekolah (erm malasnye nak pi sekolah sebab amir kelas lain)

sampai kelas C.Umi tido selalunye kalo kelas BM, aGAMA, BI, kimia n fizik....hehehe..kalo time subject ni mmg mate ni macam ade gam je

bunyi je loceng balik sekolah..(time ni paling best sekali) sebab dpt jumpe amir kat dorm heehhehe....

C.Umi ni suke sgt beborak...kalo time prep pun C.Umi tido gak...hehehhe..dulu mase time amik report card...cikgu sauti penah komplain kat ayah sebab C.Umi asyik tido dalam kelas..hehhehe nasib baik ayah tak marah mase tuh....hehehhehee.....

dulu C.Umi ni kurus je sblm masuk asrama....pas masuk je tak tau kenape badan naik maybe sebab C.Umi asyik makan n tido je kot.....dulu kat asrama budak2 dorm panggil C.Umi ni penglipur lara..hahahha sebab banyak sangat mulut.....

Best nye time2 kat asrama...mule2 masuk homesick tak ingat...hari2 nangis sebab tak biase dok jauh ngn family..bile dah lame rase seronok macam tak nak balik plak..hehehe

penah sekali tu C.Umi, Amir, rozi, fiza, cha n epi (tak ingat deorg ade ke tak) kitorang telambat pg sekolah pastu kene tahan ngn cikgu displin ...hahahha.. pastu mase tgh prep malam name kene panggil pg bilik ketua warden...pastu kitorg kene rotan...hehehehe pengalaman tuh first time C.Umi kene rotan hehehe...

Rindu betul zaman belajar kat teknik kajang dulu...tiap2 minggu family C.Umi dtg lawat C.Umi kalo C..Umi tak bole balik kg hehehehe...

Sunday, July 11, 2010

Poligami, suami atau isteri siapa dulu tempah ke neraka? Oleh Ahmad Baei Jaafar di FiKRAH iSLAMiAH

Membaca rencana keluaran lalu [Poligami boleh mengundang ke neraka?], ramai yang bertanya mengapa pula poligami boleh mengundang kepada neraka, bukankah poligami sunnah Rasulullah. Benar, sesiapa yang mengamalkan sunnah Rasulullah akan beroleh pahala, syurga. Tetapi siapa yang boleh memberi jaminan bahawa mereka yang mengamalkan poligami pada hari ini benar-benar mengikut sunnah?

Sebenarnya sama ada kahwin poligami atau tidak, hukumnya adalah harus. Dan setiap yang harus kadang-kadang boleh menjadi wajib, boleh jadi sunat, boleh jadi makruh dan boleh jadi juga haram.

Bagaimanapun apabila seseorang itu telah secara rasmi berkahwin secara poligami, suami dan isteri-isteri terdedah kepada dosa yang boleh menghampirkan mereka kepada neraka. Semua ini adalah berpunca daripada kurang pengetahuan agama khususnya dalam soal hukum poligami sama ada suami atau isteri.

Di sini disenaraikan kesalahan yang sering terjadi kepada pengamal poligami:

1. Berbohong

Ada orang kata, bohong dalam poligami tidak sampai masuk neraka kerana bohong diharuskan untuk menyelamatkan keadaan yang gawat. Dalam kes ini siapa yang gawat? Siapa yang hendak diselamatkan hingga terpaksa mengguna senjata berbohong?

Jelas dalam kes ini suami berbohong untuk melepaskan dirinya sendiri. Maka dalam keadaan ini tidak ada keharusan dalam berbohong. Apatah lagi kalau pembohongan itu dilakukan berpanjangan tanpa henti, tentu berdosalah si suami itu.
Apabila seluruh hidupnya penuh dengan pembohongan, bahagiakah kehidupannya? Setiap detik gerak-gerinya dirasakan sedang diintai oleh isterinya. Maka sebelum dia dimasukkan ke dalam neraka di akhirat, hakikatnya dia telah memasukkan dirinya dalam neraka dunia.

2. Tidak Adil

Dalam keadaan di atas, suami tersebut tidak mungkin akan berlaku adil terhadap isterinya. Ada isteri yang teraniaya di sudut nafkahnya, ada juga isteri yang dicuaikan gilirannya dan ada isteri yang dibiarkan langsung atas alasan nusyuz dan sebagainya.

Bayangkan apa akan jadi kepada suami yang tidak adil kepada isteri-isterinya. Dia bukan sahaja berdosa dengan isterinya kerana tidak berlaku adil, dia juga berdosa terhadap Allah kerana melanggar perintah-Nya supaya berlaku adil. Sekali lagi suami dalam keadaan semakin hampir ke neraka.

Dalam sebuah hadis Rasulullah ada bersabda yang maksudnya, mana-mana suami yang tidak adil terhadap isteri-isterinya, di akhirat nanti dia akan berdiri dalam keadaan senget sebelah.

Berhubung dengan adil, yang paling penting ialah giliran malamnya. Dalam bab itu ramai suami atau isteri yang tidak tahu, lalu mereka terus melakukan dosa.

3. Salah Giliran

Sebenarnya giliran seseorang yang berpoligami adalah berdasarkan 24jam sehari. Maknanya kalau dia menentukan gilirannya bermula pada waktu asar, maka berakhir tempohnya pada waktu asar esoknya. Berdasarkan itu jika dia bermalam dengan isterinya pada malam itu, maka esok siangnya adalah termasuk gilirannya juga. Begitu juga sebaliknya kalau suami bekerja malam, maka siangnya adalah mula gilirannya.

Dalam hal ini kalau suaminya keluar kerja sama ada siang atau malam, maka waktu keluar itu juga dikira masih giliran isterinya itu. Jadi, selagi dalam tempoh giliran isteri itu, suami tidak boleh mengambil kesempatan untuk tidur dengan isteri yang lain.

Dia boleh pergi zirah isteri itu tetapi dia tidak boleh tidur bersama isteri itu. Dia boleh menghantar barang atau melihat anak dan isteri tetapi tidak boleh tidur dengannya. Jika berlaku persetubuhan sedangkan bukan gilirannya, maka perhubungan itu adalah haram. Jika lahir anak hasil persetubuhan itu adalah dikira haram, walaupun tidak sampai kepada hukum berzina. Rujuk entry Giliran wajib adil, tidak pada hubungan seks untuk penerangan terperinci.

Perkara inilah yang sering terjadi kepada pasangan poligami yang bermasalah semuanya hendak dirahsiakan. Boleh jadi pada malam Jumaat dia bersama isteri pertama, tetapi pada pagi Jumaat keesokannya dia singgah di rumah isteri keduanya dan pada kesempatan itu juga dia sempat bersama isteri tersebut. Sedangkan siang hari Jumaat itu adalah masih giliran isteri pertamanya.

Dalam kes ini, isteri pertama tahu suaminya ke tempat kerja, tetapi sebaliknya dia melencong ke rumah madunya. Jadi, selain dia menipu isterinya dia telah mencuri giliran isteri pertama untuk bersama isteri yang bukan gilirannya. Bayang berapa banyak dosa yang dilakukan oleh suami ketika itu. Semua ini kalau dia tidak bertaubat, sebaliknya mengekalkan amalan itu, pasti tempatnya adalah neraka.

Selain suami, isteri juga boleh terlibat dengan dosa dalam beberapa kes. Antara dosa isteri ialah:

1. Isteri menghalang suaminya bagi memenuhi giliran pada isteri yang lain.
2. Isteri menggauli suaminya padahal dia tahu hari tersebut bukan gilirannya.
3. Isteri menyekat madunya daripada mendapat manfaat, nafkah dan sebagainya.
4. Isteri bersangka buruk terhadap suaminya lalu mengintip gerak-gerinya.
5. Isteri bersangka buruk terhadap madunya lalu mengintip gerak-gerinya.
6. Tindakan isteri itu menyebabkan madunya hilang hak kenikmatan hidup berkeluarga.

Jika isteri tersebut tidak bertaubat malah meneruskan kesalahan di atas, mereka memang dijamin neraka. Namun oleh sebab para isteri tidak tahu kedudukan hukum ini maka mereka terus mengekalkan dosa-dosa itu.
Salam semua....

Sebelum ni C.Umi ade post entry yang nak beli tb tu..tapi ade problem sikit and mira punye application tak lepas untuk apply gune AEON auto debit sebab mira baru keje 3 bulan..C.Umi nak tggu dapat payslip C.Umi n apply baru gune name C.Umi...tapi C.Umi apply bulan 9 nnt kot sebab bulan 8 nak kene hidupkan insuran n road tax kete..huhu..dahla insuran n road tax mati mase nak dekat ngn birthday C.Umi bulan 8 ni hehehehe....

Sekejap je dah nak puase tahun ni...rase macam baru je puase tahun lepas..C.Umi berazam nak bace yassin tiap2 malam mase bulan Ramadhan ni...n C.Umi pernah terbace kat internet yang kalo bulan puase nanti roh2 akan balik melawat keluarga kat rumah...
semoga dengan bacaan yassin tersebut dapat membantu arwah....

Semalam C.Umi pegi melawat keluarga arwah..ayah arwah baru operation potong jari kaki pas balik dari umrah...dah lama C.Umi tak pg melawat deorang sebab sibuk ngan keje yang sampai bile2 tak habis ni huhu....zahid pun dah besar n boleh turun sorang2 dulu zahid tu kecik je....mase C.Umi sampai kat umah arwah ...terjumpe ngn zahid kat bawah n kitorang naik lif same2...sampai je depan umah arwah..mak n ayah arwah tengah duduk kat depan umah...n zahid pun cakap kat ayah n mak arwah "Tok, tengok K.Umi datang" huhuhu.....sayu pulak dengar zahid ckp macam tu...dulu arwah kate zahid suke makan kek marbel C.Umi...huhu nnt bile dh tak busy sgt C.umi nak watla kek marbel n bagi kat zahid..mesti dia suke huhuhu...

** zahid ni anak buah arwah umur dia baru 4-5 tahun kot

Surah Al-Ikhlas ( QulhuwaALLAHu Ahad) jangan terlepas mengamalkan]

"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim.. bismillahirrahmannirrahim"

Tafsirannya:

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha
Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan
bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita
dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing
kepanasan.Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian bacalah
surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid
walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.

**

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah
salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam
kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam
pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita
menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang
jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang
kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan
menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w :

"Barang siapa membaca Qul huwa"llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia
telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak
Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa si fulan iti telah menjadi
pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah,
Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka". Inilah yang dinamakan
membaca Qulhua"llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan
seberapa ribu kesanggupan kita sehari. **


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:


Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal
dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia
dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap
mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian
diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby). Rasulullah SAW pernah bertanya
sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara kamu yang dapat khatam
Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang
menjawab.


Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam
Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya.
Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang
sedang kecil pada waktu itu)tidak tahu apa yang dikatakannya itu.


Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW
menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah
Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran.
Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran
kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

**
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:


Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy
di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah
300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara
sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur
hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat
yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai
membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,sesungguhnya
pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah
Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan. **


Sabda Rasulullah SAW lagi:


Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu
tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di
sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap
malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap
malaikat Israfil a.s.

Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, and an-annas setiap satu
sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji
dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya.


Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang
nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.

Nota :


Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu
ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah
pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak
Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :


1) Sedekah/amal jariahnya


2) Doa anak-anaknya yang soleh


3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain. *

Saturday, July 10, 2010

lady gaga-paper gangsta

Verse 1:

In that rush with a pin in my hand,
Dinkin’, Linkin’, Stay in script with the band,
Rememberin’ me before we began,
Sometimes I feel so deaf in the jam,
But the ones who loved me told me to stop,
Like home girl can’t catch it if it’s dropped,
I’m stickin’ with it,
yeah, you know that I am,
Some shit don’t fly by me and the man,

Pre-Chorus:

Cuz I do not accept any less,
than someone just as real as fabulous,

Chorus:

Don’t want no paper gangsta,
Someone to give my life to,
someone who’s got the flavour,
but don’t have no follow through,
don’t want no paper gangsta,
won’t sign no monkey papers,
I don’t do funny business,
not interested in fakers,
Don’t want no paper gangsta (Oh oooh),
Don’t want no paper gangsta (Oh oooh),
Don’t want no paper gangsta,
Don’t want no paper gangsta.

Verse 2:

I want something very shiny to start,
want me to sign here on your range rover art,
I’ve heard it before,
yeah, the dinner’s were nice,
’til your diamond words melted into some ice,
you should’ve been wrapped to the beat of my song,
Mr. California, paper gangstera,
I’m lookin’ for love on an empty page,
full of stuff that means nothin’ but your pimplade.

Pre-Chorus:

Cuz I do not accept any less,
than someone just as real as fabulous.

Chorus:

In that rush with a pin in my hand,
Dinkin’, Linkin’, Stay in script with the band,
Rememberin’ me before we began,
Sometimes I feel so deaf in the jam,
But the ones who loved me told me to stop,
Like home girl can’t catch it if it’s dropped,
I’m stickin’ with it,
yeah, you know that I am,
Some shit don’t fly by me and the man,

Pre-Chorus:

Cuz I do not accept any less,
than someone just as real as fabulous,

Chorus:

Don’t want no paper gangsta,
Someone to give my life to,
someone who’s got the flavour,
but don’t have no follow through,
don’t want no paper gangsta,
won’t sign no monkey papers,
I don’t do funny business,
not interested in fakers,
Don’t want no paper gangsta (Oh oooh),
Don’t want no paper gangsta (Oh oooh),
Don’t want no paper gangsta,
Don’t want no paper gangsta.
(Oh oooooooh yeah)x3

Chorus:

Don’t want no paper gangsta,
Someone to give my life to,
someone who’s got the flavour,
but don’t have no follow through,
don’t want no paper gangsta,
won’t sign no monkey papers,
I don’t do funny business,
not interested in fakers,
Don’t want no paper gangsta,
Don’t want no paper gangsta,
Someone to give my life to,
someone who’s got the flavour,
but don’t have no follow through,
don’t want no paper gangsta,
won’t sign no monkey papers,
I don’t do funny business,
not interested in fakers,
Don’t want no paper gangsta,
(oh oooooooh yea).

Tuesday, July 6, 2010

Rindu

C.umi rindu sgt2 kat dia...hehehe..best je kalo dpt jumpe...tapi nk wat camne rumah kitorg jauh huhu...insyallah nnt bole jumpe hehehe

skang ni badan C.umi still tak kuat n lemah lg..sebab nak makan pun susah sebab mulut ade ulser...sedih betul.....harap2 c.umi cepat sihat n boleh buat keje macam biase...

Friday, July 2, 2010

sakit....

Assalamualaikum...
Dah 3 hari C.Umi terlantar kat atas katil ni sebab diserang demam n batuk yang agak teruk....rutin C.Umi sepanjang 3 hr ni makan, makan ubat pastu tido n ulang bende yang same sampai hari ni...sakit betul dada bile batuk...teruk betul batuk ni....maybe penat sangat sebab balik dari outstation kat pd hari tu sebok uruskan mira bertunang...C.umi nak wish kat mira selamat bertunang semoga bebahagia ngan nifa...deorang maybe kawen bulan 5-6 tahun depan....bestkan deorang..kalo diizinkan ALLAH C.umi pun nak macam tu jugak huhuu...