Wednesday, July 28, 2010

Accident kat trafffic light

Salam kepada semua sahabat-sahabat yang sudi mengunjungi blog C.Umi. Semoga kita semua beroleh rahmat dan keberkatan dari ALLAH s.w.t untuk kehidupan kita di dunia dan akhirat kelak.

Semalam dalam pukul 8 mlm ayah dan mak C.Umi datang amik kat tempat keje. Mase sampai kat traffic light yang dekat ngan rumah C.Umi, ade ramai orang berkerumun dekat tengah jalan n disebabkan tu jalan jadi jem. Bila van ayah dah dekat ngan tempat orang bekerumun tu C.Umi nampak ade makcik pakai telekung menangis..Rupe2nya ade accident yang mane dari cerite kat orang2 situ si anak berusia dalam 20-an mengambil emak dari masjid dan kedua2nya terlibat dalam kemalangan cuma anak yang mengalami cedera parah...ambulan lambat sampai n lepas tu C.Umi tak tau ape yang terjadi...

Bile C.Umi tengok peristiwa tu C.Umi teringat peristiwa arwah dahulu..adik C.Umi cerita masa arwah jatuh orang ramai pun mule berkerumun dan hanya menyuarakan pendapat seperti "renjis air kat muke dia, nak bagi dia sedar"...namun takde yang bertindak..adik C.Umi mase tu berada dalam keadaan terkejut dan tak tau ape yang dia kene lakukan..

Perkara yang C.Umi nak bangkitkan kat sini ialah jika terjadi kemalangan di tempat awam dan ditakdirkan kita berada di tempat kejadian seharusnya tindakan pantas perlu di ambil seperti segera menelefon ambulan dan semasa menunggu buatla ape2 yang patot untuk membantu si mangsa kemalangan tersebut kerana mungkin dengan tindakan kita dapat membantu.

No comments:

Post a Comment