Monday, August 9, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum semua,

C.Umi nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Marila kita bersama2 menyiapkan diri untuk menyambut bulan ini seperti mana kita bersusah payah menyiapkan diri untuk menyambut Aidilfitri. C.Umi penah dengar yang orang cerita bahawa penghuni kubur sangat menantikan ketibaan bulan yang mulia ini kerana pada masa ini semua siksaan kubur dihentikan sehingga berakhirnya bulan ramadhan ini..waallhualam...hampir setahun pemergiaan suami tercinta yang mana dia telah pun pergi meninggalkan C.Umi pada 7 Syawal yang lalu..sungguh pantas mase berlalu seolah2 baru semalam kami disahkan selamat sebagai suami isteri dan seperti baru semalam juga dia pergi meninggalkan C.Umi..macam2 telah berlaku sepanjang ketiaadaan arwah...hidup C.Umi seperti terumbang ambing dan terima kasih C.Umi ucapkan kepada semua yang banyak membantu C.Umi menjalani saat2 yang sukar ni terutamannya Mak, Ayah, Mira,Udin, Leha, Abg Saiful dan sahabat2 C.uMI..Hanya ALLAH yang dapat membalas jasa baik kalian...
C.Umi berazam untuk berusaha melakukan sebanyak mungkin ibadat di sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini..semoga ALLAH memberikan petunjuk dan hidayahNya kepada C.Umi dalam melalui liku2 kehidupan ini ...Semoga kite semua beroleh keberkataan di bulan yang mulia ini..

~Amin~

No comments:

Post a Comment