Friday, May 14, 2010

Kasih yang tak kesampaian....

Siti sangat gembira kerana dia akan disatukan dengan lelaki yang selama ini menjadi kekasihnye..walaupun dari awal terdapat tentangan daripada pihak keluarganye..siti tetap dengan pendiriannya untuk sehidup semati dengan kekasihnye ......ramai sanak sedara yang menentang perkahwinan ini..daripada ape yang siti dengar kalo siti berkahwin dengan kekasihnye itu hidup siti akan susah...

Namun semuanye terletak pada kuasa ALLAH...apabila sampai tarikhnye...siti telah pun menjadi isteri kepada kekasihnye itu.....setelah sanak sedara mule mengenali kekasih siti baru mereka menyesal dengan cakap2 mereka dulu..kerana sebenarnya kekasih siti seorang yang peramah dan ringan tulang..walaupun kekasih siti ni sangat garang dengan siti...kadang2 macam bapak tiri pun ade gak...mungkin kekasih siti ingin melindungi siti ....

Suatu hari...siti dan suaminye berjalan2 ke pusat membeli belah ...tibe2 suaminye rebah...siti sangkakan suaminye ingin bergurau...namun sangkaan itu meleset kerena si suami tetap membisu walaupun telah dipanggil berkali2 namenya....siti hilang arah dan tidak tahu ape yang ingin dilakukan....

Siti menelopon keluarganya ...kemudian menuju ke hospital yang berhampiran...semasa dalam perjalanan ke hospital siti tidak berputus asa mengejut suaminya...dengan harapan supaya suaminya akan tersedar.....suaminye tetap membisu dan dari raut wajah suaminye seolah2 sedang tido...

Sampai di hospital MA terus membawa suami siti ke wad ICU...siti tidak dibenarkan masuk ke ICU...."Puan sila tunggu diluar"..begitula kate seorang nurse kepada siti....Siti terduduk di kerusi berhampiran dengan wad ICU...Siti termenung dan seolah2 tidak percaya dengan ape yang terjadi....dalam hati siti berharap mungkin selepas doktor merawat suaminya..suaminya akan pulih dan mereka dapat pulang ke rumah dan menjalani kehidupan seperti biase.....30 minit berlalu...tiada ape2 berita daripada doktor...1 jam berlalu.....siape waris kepada en khairol...

Siti bangun dan terus meluru kepada doktor..si doktor nampak seperti sedang bingung...sangat lambat ayat2 yang dikeluarkan daripada mulut si doktor....
siti tetap berharap yang suaminya sudah sedar kan diri.....doktor menyatakan yang mereka sedang berusaha lagi 30 minit untuk memberikan bantuan penafasan kepada suami siti dan selepas 30 minit mereka akan berhenti memberi bantuan....lemah longlai badan siti..rase seperti ingin pengsan saje.....siti tetap berharap yang suaminya akan sedar...

Selepas penantian 30 minit yang sangat menyeksekan itu...sekali lagi doktor memanggil siti....."SUAMI PUAN TELAH TIADA SEMASA DALAM PERJALANAN KE HOSPITAL DAN PIHAK KAMI TELAH MENCUBE SEDAYA UPAYA UNTUK MEMBANTU DIA......SAYA HARAP PUAN BERSABAR"....dunia seperti berhenti dan siti terdiam dan tidak mampu untuk berkate ape2 dan yang hanya kedengaran di telinga siti adalah degupan jantungnya yang sangat pantas..berat sungguh hati siti menerima berita ini...badan sangat lemah..dan tiada lagi air mate yang mampu untuk dikeluarkan.....hati siti hancur dan segala impian untuk hidup bersama musnah dan berkecai kerana si suami telahpun pergi dahulu menghadap PENCIPTA ALAM.....

banyak mate yang memandang ke arah siti...siti terdiam dan membisu..hanya memandang lesu ke arah si suami yang terbaring di atas katil.....siti sudah hilah punca...siti terdengar suare menyatakan kepada nye..."DIK NANGIS DIK KO JANGAN MACAM NI KO KENE MENANGIS KALO TAK NANTI KO YANG SAKIT PULAK".......siti terduduk dan ramai yang memeluknya dengan pesanan "KO KENE BANYAK2 BERSABAR"..senang sungguh mereka berkate2..adakah mereke memahami perasaan siti..perasaan kehilangan orang yang penting dalam hidup.....sebenarnya siti tidak suke dikerumuni orang ramai pada saat2 seperti ini..siti ingin bersendirian dan meraung sekuat hati walaupun air mate dah habis dikeluarkan.....melepaskan kesedihan yang terbuku di hati....siti seperti terbayang2 yang suaminya tersenyum ke arah nya....

siti berjalan lemah ke arah katil tempat suaminya terbaring.....memandang lemah ke arah suaminya...si suami sekali lagi seperti sedang tido namun yang bezanya doktor sudah menyatakan yang si suami sudah tiada..YA ALLAH berat sungguh dugaan yang terpaksa ditanggung oleh siti....


Siti menangis menangis dan menangis....tidak makan ..tidak minum ..tidak boleh tido...dan tak larat nak lakukan ape2 pun....hari2 siti melawat pusara suaminye....

suatu hari siti seolah2 telah mendapat petunjuk...semenjak hari itu dia selalu berpuasa dan mengerjakan solat sunat....bertahajjud kepada ALLAH...siti sedar yang hidup ini sangat singkat dan bile2 mase sahaja nyawa ini akan ditarik balik....hati siti mulai tenang kerana dia telah terasa dekat dengan PENCIPTA ALAM INI...mungkin inilah hikmah disebalik kehilangan suaminya ......namun kadang2 siti tetap mengalirkan air mate kerana siti insan biase yang memupunyai hati dan perasaan...

Kini siti sedang meneruskan hidupnye dan berharap akan sentiasa memperoleh kekuatan dan petunjuk daripada ALLAH supaya dia tidak terpesong dari jalan ALLAH..

P/S : Siti ni bukannye siti nurhaliza dan bukan juge siti saleha.....dia hanyalah seorang manusia biase dan tidak terlepas daripada ujian ALLAH....semoga siti memperoleh kekuatan untuk menjalani kehidupan yang penuh dengan ujian ini.....

No comments:

Post a Comment